CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Bank Mengaku Perdagang Isteri Untuk Eksploitasi Seks

9-11-2022 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2462| Komen: 19


Seorang pegawai bank mengaku bersalah memperdagangkan isterinya bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah bulan lalu.


Pengakuan dibuat tertuduh berusia 35 tahun di hadapan Hakim Datin Surita Budin sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu.


Sinar

Berdasarkan pertuduhan tertuduh pada 30 Oktober lalu lebih kurang jam 1.30 petang di sebuah hotel di Kuala Pilah telah memperdagangkan isterinya berumur 35 yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi seks.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan jaminan manakala identiti mangsa diperintahkan tidak didedahkan di mana-mana media dan berita.

Sementara itu, di kamar mahkamah berasingan, tertuduh mengaku salah di atas pertuduhan hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan isterinya sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Perbuatan itu dilakukan pada 30 Oktober lalu lebih kurang jam 1.30 petang di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh 15 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 November ini sebagai tarikh untuk hukuman bagi kedua-dua pertuduhan.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-11-2022 02:03 PM
Kesiannya wife tu..
Cerai jelah..laki tak guna ni elok ditoron je dalam jail
Quote Nuyak 9-11-2022 02:36 PM
isteri tu rela ke tak? eh pelik2 la manusia skrg ni..
Quote sharlenetexas 9-11-2022 02:37 PM
Kenapa tak jual je bontot sendiri?

Quote lanacondor 9-11-2022 03:20 PM
Pegawai bank. bkn pkerja buruh ke cleaner ke smpi jual bini.. Melampau betul!
Quote venom1 9-11-2022 03:24 PM
ada hutang Along ke? sampai lacur bini sendiri?
Quote areyam 9-11-2022 03:24 PM
sharlenetexas replied at 9-11-2022 02:37 PM
Kenapa tak jual je bontot sendiri?

ada ke yg nk beli?

Quote babelina 9-11-2022 03:26 PM
omg omg.. Malaysia ke nie........
Quote melekaifc 9-11-2022 03:29 PM
ni mesti swing binik ni. bukan perdagang sesaja. kat malaysia ade forum swinger ni
Quote Highflyer19 9-11-2022 04:06 PM
Suami durjana…
Quote ifanonline 9-11-2022 04:08 PM
kadang2 isterinya sanggup utk di lacurkan
Quote Belibis 9-11-2022 04:26 PM
melekaifc: ni mesti swing binik ni. bukan ...

Kalau swing kena bayar jugak ke??
Quote DayangKirana 9-11-2022 04:31 PM
Hotel kat Kuala Pilah???
Hotel yang same kes tokey jambu tu ke?
if same hotel..reputation dah hampir on par with hotel lorong haji taib..
both this case related to sexual exploitation..
Quote Nurul8001 9-11-2022 04:36 PM
Ni baru betul2 dayus. Sialnya dapat laki ginih.
Quote hayrin86 9-11-2022 04:38 PM
Nurul8001 replied at 9-11-2022 04:36 PM
Ni baru betul2 dayus. Sialnya dapat laki ginih.

Kan..                  

Quote KamikuP 9-11-2022 04:57 PM
Swinger kot nih.. huhuuhu
Quote iolss 9-11-2022 06:19 PM
kuaja btl..mohon sebat smpai lunyai org cani
Quote sambaldurian 9-11-2022 07:08 PM
Ni swinger kot, u taste mine, i taste your's. Xkn la gaji kerja bank gaji min 1500. Ke xkn demi projek/jawatan sanggup korban bini. Bayar jela yg 'willing' utk servis tu.
Quote Friska 9-11-2022 07:22 PM
Aneh juga ya?
Quote sharlenetexas 9-11-2022 07:23 PM
sambaldurian replied at 9-11-2022 07:08 PM
Ni swinger kot, u taste mine, i taste your's. Xkn la gaji kerja bank gaji min 1500. Ke xkn demi proj ...

Macam Indecent Proposal.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040320 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top