Tak tahu malu! Itu gambaran mengenai sikap buruk pelakon Amber Heard yang kantoi membuang air besar di kawasan perumahannya di Sepanyol baru-baru ini.
Tindakan bintang filem Aquaman itu dirakam oleh salah seorang jiran yang kemudian dimuat naik oleh Youtuber Joseph Morris di saluran YouTube miliknya. Menerusi rakaman tersebut, Amber dilihat selamba membuka seluar dan membuang air besar dipercayai dalam keadaan mabuk. Individu yang berjaya merakam perbuatan itu dilaporkan sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu yang gemar membuang air besar di kawasan perumahan mereka.
Dakwanya, ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku malah penduduk di kejiranan itu pelik apabila sering mencium bau busuk dan najis merata-rata sejak Amber berpindah ke situ. Tidak tahan dengan keadaan itu, penduduk bertindak memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati ia adalah angkara aktres berkenaan. Sebelum ini, bekas suami Amber iaitu Johnny Depp mendedahkan Amber pernah membuang air besar di atas katil ketika perbicaraan kes saman fitnah mereka awal tahun ini. Bagaimanapun, Amber menyangkal dakwaan tersebut dan menuduh ia perbuatan anjing mereka. -CARI Sumber: mStar Online
|
pooh~key replied at 9-11-2022 08:22 AM
My dog stepped on a bee dekkkkkk!
naina replied at 9-11-2022 08:33 AM
Kantoi terukk..benarlah Johny tidak berbohong. Busuk punya perangai. Arak dan dadah memang patut di ...
manehnya replied at 9-11-2022 08:43 AM
muka jaa elok
naina replied at 9-11-2022 08:48 AM
Tak elok pun harap mekap je
Adik manehnya lagi lawa kot
ADVERTISEMENT