Pelakon dan pengacara jelita, Hanis Zalikha sering menjadi perhatian ramai dek sifat keibuan lebih-lebih lagi apabila dia berkongsi cara penjagaan rumah, mendidik anak dan apa saja tips berguna. Terbaru, Hanis atau mesra disapa Kek Nis ada berkongsikan video tips cara urus, didik anak sekolah dan disiplin waktu tidur. Melalui satu hantaran di Instagramnya, isteri kepada aktor terkenal, Hairul Azreen memberitahu beberapa tips dalam menjaga anak telah mula bersekolah terutamanya dari segi disiplin tidur sejak bayi.
“Nombor satu yang mudahkan kami adalah dari bayi dah mulakan rutin tidur awal. Disiplin waktu tidur sampai sebati dengan body clock dan jadi ‘morning person’. So naturally waking up early it’s not a burden for school — and they don’t hate school for it,” katanya. Dalam pada itu, Kek Nis turut menyarankan ibu bapa untuk mengajar anak-anak skill bersosial seperti bermain dengan sepupu, anak kawan-kawan, bermain sukan. “Apa saja yang membiasakan dia dengan komunikasi dunia luar (selain ibu bapa). InsyaAllah ini akan mudahkan transisi nak ‘break the ice’ at school and form friendships. “Kenal nama kawan anak-anak. Take note bila diorang cerita perihal kawan-kawan dan gunakannya untuk sentiasa up-to-date dalam bersembang dengan anak-anak,” katanya lagi.
Semoga tips yang disampaikan oleh Kek Nis ini bermanfaat untuk para ibu bapa dalam mendidik anak-anak. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|