CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bersalam Dengan Artis Boleh Hilang ‘Roh’, Ustazah Hina Kami," Aishah Pohon Ustazah Viral Bimbing Bukan Menghina

9-11-2022 07:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8569| Komen: 73



Sejak kebelakangan ini nama Ustazah Siti Afifah Shahbudin semakin menjadi bualan ramai ekoran melabelkan "suami dayus" jika membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.


Terbaharu, Ustazah tersebut melalui TikToknya membuat kenyataan bersalam dengan artis boleh rosakkan roh dan jiwa.


Penyanyi Datuk Aishah yang menyaksikan video tersebut berpendapat apa yang diperkatakan oleh Afifah itu seolah-olah menghina artis.

Menurut Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, sebagai seorang ustazah seharusnya membimbing bukan menghina.

"Ustazah hina golongan kami (artis). Sepatutnya orang macam ustazah bimbing kami dan bukannya menghina.

"Ustazah adalah orang yang sepatutnya lebih berhemah, lebih berilmu dan lebih dekat belajar dengan Allah." katanya di Instagram miliknya.


Pelantun lagu Janji Manis Mu itu turut membuat perbandingan dengan dakwah agama lain yang pernah dilihat ketika dia menetap selama 10 tahun di New Zealand dulu.

"Inilah perbezaan dakwah yang saya lihat selama 10 tahun di New Zealand. Kalau dakwah kita yang marah dan cepat menghukum, jangan marah kalau anak muda terpikat dengan agama lain kerana dakwah mereka penuh kasih sayang.

"Dosa dengan Allah boleh bertaubat, dosa dengan manusia kena minta ampun sesama manusia, Ustazah hina sekelompok kami. Sanggup ke cari kami di akhirat nanti," katanya lagi.

Apa pula pendapat korang mengenai apa yang diperkatakan oleh Ustazah viral? - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 9-11-2022 01:55 AM
another ustazah kentut faraj 2.0 ke ni?
macam cendawan ye penunggang2 agama tumbuh sekarang... masing2 mencari periuk nasi di sosial media gittuhhh... ye la kalau buat ceramah kat umah ke kelas takde sape nak pegi sebab orang dah tahu weng....
Quote honey_yayan 9-11-2022 04:49 AM
Tak pastilah apa dia cakap tu ada dalil tak tp tetaplah kasar.kita tunggu pula apa kata kepris
Quote arffa 9-11-2022 05:26 AM
Ustazah ni antara promote home birth.
Quote fadz84 9-11-2022 05:45 AM
arffa replied at 9-11-2022 05:26 AM
Ustazah ni antara promote home birth.

Lol geng2 doula ke ustazah ni? x suka la cara dia bercakap… mcm kasar dan pakai hembus jek…
Quote Fly_over 9-11-2022 06:43 AM
betul ke tajah or self claim je ? laser bingit sgt mulutnya…
Quote kitmal 9-11-2022 06:58 AM
salam dengan mat sakau dan kaki rasuah macam mana pulak?
Quote puanserama 9-11-2022 07:03 AM
Kalau retis Salam org sambil cium tgn camne lak setazah
Quote suka2 9-11-2022 07:07 AM
Kalau trjumpa ular, ketuk penunggang agama dulu.
Quote lyshafull 9-11-2022 07:29 AM
Caye sgt dgn ustazah
Masalh malaysia skang ustaz ustzah ni bolh je jadik self proclaimed xde tauliah
Asal tudung labuh sikit
Asal suara kuat sikit
Dh jadik ustazah
Kita pun x yah terikut nk pggil dia ustazah bagai
Nk dgr nasihat
Quote de_ikea 9-11-2022 07:33 AM
Go go tok ecah. Tok ecah je yg berani sound balik org yg memperkecilkan retis2
Quote bankerpencen 9-11-2022 07:45 AM
Tajah ni antivax kan? Geng2 home birth juga. Entah pape la dia cakap. Ada tauliah ke tak? Daripada cara cakap, macam tak ada adab dan ilmu…
Quote ladybugz 9-11-2022 07:53 AM
point yg bersalam lain tu i setuju je, tp point ckp berslam dgn artis tu hilang roh ke ape, i kurang setuju. yelah, mcm x pernah dengar n pelik kat situ.
Quote PanadolExtend 9-11-2022 07:57 AM
Dakwah secara menghina. Murahann
Quote red_velvet 9-11-2022 08:03 AM
Setazah laki bini memang biadab..org ikhtiar dhn ubat hospital dia kata org tu mentauhidkan ubat... hitam bawah mata dia kata tu pengumpulan racun kimia....hujung2 jual product minyak sapu2  then claim perubatan sunnah....hanat btul. .
Quote chandrahusin 9-11-2022 08:12 AM
Ustazah mengata sekali Ustaz Ustazah yg selalu ceramah dgn artis jgk ke?
mcm UAI dgn Zizan
Ustazah Asma dgn Neelofa
Contohhhh..
Skrg artis lagi terpaling beragama yach
Quote makneng 9-11-2022 08:16 AM
So called ustazah yang terjerit2 pasal laki dayus sbb doc lelaki handle birth ke? The same person ke? Katanya jual product. Kosser lah
Quote selipar_hijau 9-11-2022 08:17 AM
patut la zaman dulu puak2 arqam, berkelubung & sewaktu dgnnya ni diharamkan. kalu biar jadi mcm ni la. ustazah sangkak ni dpt tauliah dari mana? apa profile dia?
Quote naina 9-11-2022 08:20 AM
Wowwww setajah ni lagi terpaling dari setajah Asmak Harun. Ni dengan gaya cara kasar, lontaran suara deras..
Quote Thunderclouds 9-11-2022 08:27 AM
Aaannddd people still wondering pasaipa ramai yg makin jauh ngn islam.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top