CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekasih Rogol Remaja Perempuan Umur 13 Tahun Di Kedah, Dua Rakan 'Join' Sekali

8-11-2022 07:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3799| Komen: 41

YAN: Perbuatan terkutuk dua remaja dan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun secara berkumpulan pada Rabu lalu memakan diri apabila seorang daripada mereka dicekup polis, manakala dua lagi masih diburu.


Suspek remaja lelaki berusia 15 tahun berasal daripada Guar Cempedak ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 4 pagi, 24 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 28 tahun sedang diburu untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 375B/377C Kanun Keseksaan.


Gambar Hiasan


Kata Shahnaz, pada pukul 6.30 petang Selasa, 23 Oktober lalu remaja perempuan yang tinggal di Sik itu menghubungi teman lelakinya berusia 15 tahun yang dikenali sebagai ‘Kecik’ untuk berjumpa.

“Kira-kira pukul 9 malam suspek bersama dua rakannya mengambil mangsa menaiki kereta jenis Proton Waja di Pasaraya Aneka Gurun dan membawanya untuk melihat lumba motosikal haram di Kuala Sedaka.

“Ketika sampai di kawasan ban Batu 17 berhampiran sawah padi, remaja itu memberhentikan kereta dipandunya dan mengajak remaja perempuan itu melakukan hubungan seks di kerusi belakang kenderaan manakala dua rakannya berada di luar,” katanya.

Kata Shahnaz, selepas itu salah seorang rakan remaja lelaki itu pula masuk ke dalam kereta dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks tetapi ditolak.

“Bagaimanapun mangsa kemudiannya ditarik sebelum dirogol sebelum seorang lagi suspek memaksa remaja perempuan itu melakukan seks oral. Mangsa kemudian dibawa dan ditinggalkan di Pasaraya Aneka Gurun sebelum dia menghubungi bapanya seterusnya membuat laporan polis,” katanya.

Tambah Shahnaz, mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan keputusan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama di kemaluan mangsa.

Katanya, remaja lelaki itu kini dalam tahanan reman, manakala dua rakan subahatnya yang berasal daripada Kampung Belida Mamak dan Kampung Perigi masih dalam buruan pihak polis. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 8-11-2022 07:45 PM
Pusing kepala aku dok geleng2, baca dari awal smp akhir. 9 mlm kena pickup. Yg jantan2 pulak, sangap mcm nak kena kerat sekor2. Entahla
Quote chandrahusin 8-11-2022 08:10 PM
6 30 ptg call bf suruh ambik
Pkl 9 bf ambik dgn 2 kwn
On the way nak pegi tengok lumba motor haram
Bf ajak ngesek, kwn 2 org tunggu luar
Lps tu kwn 2 tu plk tumpang sekali
Tak tau sapa yg ptt kena maki
Quote jazaa100 8-11-2022 08:23 PM
chandrahusin replied at 8-11-2022 08:10 PM
6 30 ptg call bf suruh ambik
Pkl 9 bf ambik dgn 2 kwn
On the way nak pegi tengok lumba motor haram

Keta waja lah yg patut kena maki
Quote kimbora 8-11-2022 08:25 PM
Tambah lagi. Ada kesan koyakan lama di kemaluan mangsa hmmmm
Quote me12345 8-11-2022 08:47 PM
Melayu dah jadi ummah hollywood eh...budak2 buat seks merata tempat..
Quote Thunderclouds 8-11-2022 08:49 PM
Ulang siar komen yg sama. Acik2...jg la ank2 lelaki kamu leklok. Pesan jgn lapaq poen budak nohhh walau dpujuk/mintak nk mgesek. Budak ppuan aman2 carik jantan lain,agak2 frust ngn bf senang2 repot pulis ckp dirogol. Yg jantan ada rekod pulis sampei mati.
Quote sharlenetexas 8-11-2022 08:59 PM
Terlebih ketum ke ni?

Quote hareeeesah 8-11-2022 09:11 PM
Baru 13 tahun.. skola pun x abis tahun lg adeh.. Yg dulu pasaipa x report?
Quote Lagubestbest 8-11-2022 09:17 PM
Edited by Lagubestbest at 8-11-2022 09:18 PM
hareeeesah replied at 8-11-2022 09:11 PM
Baru 13 tahun.. skola pun x abis tahun lg adeh.. Yg dulu pasaipa x report?

yg ni pun takkan jadi kes kalau si bf makan sorang je. umo 15 dah bawak kete enjoy sana-sini eh budak2 sekarang?
Quote Page88 8-11-2022 09:26 PM
Oh dear...
Quote Page88 8-11-2022 09:26 PM
Oh dear...
Quote cmf_Strawberry 8-11-2022 09:32 PM
Fuhh, dari lobai dok sibuk fitnah DAP eloklah cari jalan macamana naknatasi masalah sosial ni. Siap 2 lelaki at one time.
Quote hareeeesah 8-11-2022 09:32 PM
Lagubestbest replied at 8-11-2022 09:17 PM
yg ni pun takkan jadi kes kalau si bf makan sorang je. umo 15 dah bawak kete enjoy sana-sini eh bud ...

Nak kata terror kat bdk ni ke parents dia aku pn x tau. umo baru 13  9mlm keluar rumah lagi..
Quote shernazz 8-11-2022 09:38 PM
Baru tau ada nama kuala sedaka
Cm.nama neil sedaka plak..

Oh carollll
Quote whimsicalmusic 8-11-2022 11:01 PM
Bdk 15 tahun bwk waja? Lesen pn xde..pstu tgk plumbaan haram..pastu buat perbuatan haram hmmm
Quote allshares 8-11-2022 11:16 PM
whimsicalmusic replied at 8-11-2022 11:01 PM
Bdk 15 tahun bwk waja? Lesen pn xde..pstu tgk plumbaan haram..pastu buat perbuatan haram hmmm

Iols rasa yg umo 28thn tu bawa kete. Apela takde life betul umo da 28thn berkawan dgn budak umo 15thn. Pastu pepek budak umo 13thn pun sangap. Giler
Quote matjerk 9-11-2022 12:07 AM
Sedih baca. Umo 13tahun. Ada koyakan lama. Sejak bila agaknya start mengesex.
Quote syamzana 9-11-2022 06:40 AM
mmm...nak komen apa entah
Quote R2D2 9-11-2022 07:07 AM
kesan koyakan lama


ni kes apa pulak?

kita berehat sebentar utk beri laluan pd iklan

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.035938 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top