View: 3190|Reply: 41
|
Kekasih Rogol Remaja Perempuan Umur 13 Tahun Di Kedah, Dua Rakan 'Join' Sekali
[Copy link]
|
|
YAN: Perbuatan terkutuk dua remaja dan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun secara berkumpulan pada Rabu lalu memakan diri apabila seorang daripada mereka dicekup polis, manakala dua lagi masih diburu.
Suspek remaja lelaki berusia 15 tahun berasal daripada Guar Cempedak ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 4 pagi, 24 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 28 tahun sedang diburu untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 375B/377C Kanun Keseksaan.
Gambar Hiasan
Kata Shahnaz, pada pukul 6.30 petang Selasa, 23 Oktober lalu remaja perempuan yang tinggal di Sik itu menghubungi teman lelakinya berusia 15 tahun yang dikenali sebagai ‘Kecik’ untuk berjumpa.
“Kira-kira pukul 9 malam suspek bersama dua rakannya mengambil mangsa menaiki kereta jenis Proton Waja di Pasaraya Aneka Gurun dan membawanya untuk melihat lumba motosikal haram di Kuala Sedaka.
“Ketika sampai di kawasan ban Batu 17 berhampiran sawah padi, remaja itu memberhentikan kereta dipandunya dan mengajak remaja perempuan itu melakukan hubungan seks di kerusi belakang kenderaan manakala dua rakannya berada di luar,” katanya.
Kata Shahnaz, selepas itu salah seorang rakan remaja lelaki itu pula masuk ke dalam kereta dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks tetapi ditolak.
“Bagaimanapun mangsa kemudiannya ditarik sebelum dirogol sebelum seorang lagi suspek memaksa remaja perempuan itu melakukan seks oral. Mangsa kemudian dibawa dan ditinggalkan di Pasaraya Aneka Gurun sebelum dia menghubungi bapanya seterusnya membuat laporan polis,” katanya.
Tambah Shahnaz, mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan keputusan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama di kemaluan mangsa.
Katanya, remaja lelaki itu kini dalam tahanan reman, manakala dua rakan subahatnya yang berasal daripada Kampung Belida Mamak dan Kampung Perigi masih dalam buruan pihak polis. – CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Pusing kepala aku dok geleng2, baca dari awal smp akhir. 9 mlm kena pickup. Yg jantan2 pulak, sangap mcm nak kena kerat sekor2. Entahla |
|
|
|
|
|
|
|
6 30 ptg call bf suruh ambik
Pkl 9 bf ambik dgn 2 kwn
On the way nak pegi tengok lumba motor haram
Bf ajak ngesek, kwn 2 org tunggu luar
Lps tu kwn 2 tu plk tumpang sekali
Tak tau sapa yg ptt kena maki |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 8-11-2022 08:10 PM
6 30 ptg call bf suruh ambik
Pkl 9 bf ambik dgn 2 kwn
On the way nak pegi tengok lumba motor haram
Keta waja lah yg patut kena maki |
|
|
|
|
|
|
|
Tambah lagi. Ada kesan koyakan lama di kemaluan mangsa hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu dah jadi ummah hollywood eh...budak2 buat seks merata tempat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ulang siar komen yg sama. Acik2...jg la ank2 lelaki kamu leklok. Pesan jgn lapaq poen budak nohhh walau dpujuk/mintak nk mgesek. Budak ppuan aman2 carik jantan lain,agak2 frust ngn bf senang2 repot pulis ckp dirogol. Yg jantan ada rekod pulis sampei mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 13 tahun.. skola pun x abis tahun lg adeh.. Yg dulu pasaipa x report? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 8-11-2022 09:18 PM
yg ni pun takkan jadi kes kalau si bf makan sorang je. umo 15 dah bawak kete enjoy sana-sini eh budak2 sekarang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh, dari lobai dok sibuk fitnah DAP eloklah cari jalan macamana naknatasi masalah sosial ni. Siap 2 lelaki at one time. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 8-11-2022 09:17 PM
yg ni pun takkan jadi kes kalau si bf makan sorang je. umo 15 dah bawak kete enjoy sana-sini eh bud ...
Nak kata terror kat bdk ni ke parents dia aku pn x tau. umo baru 13 9mlm keluar rumah lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ada nama kuala sedaka
Cm.nama neil sedaka plak..
Oh carollll |
|
|
|
|
|
|
|
Bdk 15 tahun bwk waja? Lesen pn xde..pstu tgk plumbaan haram..pastu buat perbuatan haram hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 8-11-2022 11:01 PM
Bdk 15 tahun bwk waja? Lesen pn xde..pstu tgk plumbaan haram..pastu buat perbuatan haram hmmm
Iols rasa yg umo 28thn tu bawa kete. Apela takde life betul umo da 28thn berkawan dgn budak umo 15thn. Pastu pepek budak umo 13thn pun sangap. Giler |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih baca. Umo 13tahun. Ada koyakan lama. Sejak bila agaknya start mengesex. |
|
|
|
|
|
|
|
mmm...nak komen apa entah |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes apa pulak?
kita berehat sebentar utk beri laluan pd iklan |
|
|
|
|
|
|
| |
|