CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Bina Badan Dikecam, Rakam Aksi Bertarung Dengan Liger

8-11-2022 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1414| Komen: 9

DUBAI, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Seorang ahli bina badan Britain diselar pertubuhan hak haiwan selepas dia merakam aksi ‘bertarung’ dengan seekor haiwan kacukan harimau dan singa atau dikenali  sebagai liger di Dubai, lapor akhbar The Sun semalam.


Martyn Ford, 40,  yang mendapat julukan ‘Lelaki Paling Menakutkan di Dunia’  berkongsi video tersebut bersama lebih empat juta pengikutnya di laman Instagram semalam.

Dalam kilp video tersebut, Ford menarik seutas tali dari luar kandang dengan satu lagi bahagian tali itu digigit seekor liger di dalam kandang.

Ford dilihat berada dalam keadaan berpeluh ketika bertarung dengan haiwan tersebut sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang ketawa melihat aksinya.



“Ini  merupakan cara yang amat mencabar untuk kembali berlatih. Saya akan berpindah ke Dubai tidak lama lagi untuk memulakan kem latihan bersama rakan-rakan.

“Bolehkah sesiapa meneka berat liger ini? Haiwan yang amat perkasa daripada semua haiwan,” demikian menurut keterangan rakaman video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima lebih 70,000 tanda suka, namun mencetuskan pelbagai reaksi  pengguna media sosial.

“Biarkan haiwan itu terlepas dan anda akan tahu betapa kuatnya ia,” kata seorang netizen.

Sementara itu, aksi Ford itu diselar oleh beberapa pertubuhan hak haiwan.

“Kami terkejut melihat Martyn Ford berkongsi rakaman ini bersama empat juta pengikutnya yang menyokong tingkah laku tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan.

“Haiwan berkenaan jelas tidak gembira, tidak selesa dan tertekan, namun Ford berterusan menarik tali itu dan tidak mengendahkan semua isyarat tersebut.

“Kami menggesa Ford menunjukkan kekuatan sebenar dan memperjuangkan hak-hak haiwan dengan memadam video tersebut serta berikrar kepada #TravelKind dengan menyokong pengalaman perjalanan mesra haiwan yang tidak mengeksploitasi makhluk hidup,” kata Ketua Kempen FOUR PAWS UK, Emily Wilson. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-11-2022 09:29 PM
tarik guna kontol lah, ni tarik guna tangan memang lah liger kalah
Quote whimsicalmusic 8-11-2022 11:02 PM
Ceh ingatkn bertarung bergomol bagai
Quote Zazama 9-11-2022 12:03 AM
Kaka cadangkan, masuk dulu dalam sangkar. Bertarunglah kut mcmana pun. Baru fair n square gitew!
Quote rosedemon 9-11-2022 07:31 AM
baru tau ada bintang liger. omg
Quote TabletSusu 9-11-2022 09:49 AM
rosedemon replied at 8-11-2022 11:31 PM
baru tau ada bintang liger. omg

aku tau perkataan liger ni ms tgk running man duluuuu. dorg kapelkan jihyo dgn jongkook. anak jadi liger . tp x sangka pulak mmg ada binatang liger ni
Quote raxief 9-11-2022 12:36 PM
rosedemon replied at 9-11-2022 07:31 AM
baru tau ada bintang liger. omg

liger ada. tigon pun ada.
liger : male lion + female tiger
tigon : the opposite of liger


-hasil melayan animal planet dgn anak2 aku

Quote intan244 9-11-2022 01:33 PM
x sangka rimau boleh kawen singa. kucing ngan anjing xleh plak.
Quote syamzana 9-11-2022 01:42 PM
raxief replied at 9-11-2022 12:36 PM
liger ada. tigon pun ada.
liger : male lion + female tiger
tigon : the opposite of liger

ahahaah sama mcm anak iols.
mula2 dia cerita liger, tigon ni igtkan dia membongak je. sekali tgk utube ada rupanya

Quote raxief 9-11-2022 02:13 PM
syamzana replied at 9-11-2022 01:42 PM
ahahaah sama mcm anak iols.
mula2 dia cerita liger, tigon ni igtkan dia membongak je. sekali tgk u ...

budak2 cepat ingat.

liger tu aku mmg dh tau dari dulu. tapi tigon tu kiranya baru tau la hahaha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.085108 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top