CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 9

Ahli Bina Badan Dikecam, Rakam Aksi Bertarung Dengan Liger

[Copy link]
Post time 8-11-2022 07:14 PM | Show all posts |Read mode
DUBAI, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Seorang ahli bina badan Britain diselar pertubuhan hak haiwan selepas dia merakam aksi ‘bertarung’ dengan seekor haiwan kacukan harimau dan singa atau dikenali  sebagai liger di Dubai, lapor akhbar The Sun semalam.


Martyn Ford, 40,  yang mendapat julukan ‘Lelaki Paling Menakutkan di Dunia’  berkongsi video tersebut bersama lebih empat juta pengikutnya di laman Instagram semalam.


Dalam kilp video tersebut, Ford menarik seutas tali dari luar kandang dengan satu lagi bahagian tali itu digigit seekor liger di dalam kandang.


Ford dilihat berada dalam keadaan berpeluh ketika bertarung dengan haiwan tersebut sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang ketawa melihat aksinya.








“Ini  merupakan cara yang amat mencabar untuk kembali berlatih. Saya akan berpindah ke Dubai tidak lama lagi untuk memulakan kem latihan bersama rakan-rakan.


“Bolehkah sesiapa meneka berat liger ini? Haiwan yang amat perkasa daripada semua haiwan,” demikian menurut keterangan rakaman video tersebut.


Video itu menjadi tular dan menerima lebih 70,000 tanda suka, namun mencetuskan pelbagai reaksi  pengguna media sosial.


“Biarkan haiwan itu terlepas dan anda akan tahu betapa kuatnya ia,” kata seorang netizen.


Sementara itu, aksi Ford itu diselar oleh beberapa pertubuhan hak haiwan.


“Kami terkejut melihat Martyn Ford berkongsi rakaman ini bersama empat juta pengikutnya yang menyokong tingkah laku tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan.


“Haiwan berkenaan jelas tidak gembira, tidak selesa dan tertekan, namun Ford berterusan menarik tali itu dan tidak mengendahkan semua isyarat tersebut.


“Kami menggesa Ford menunjukkan kekuatan sebenar dan memperjuangkan hak-hak haiwan dengan memadam video tersebut serta berikrar kepada #TravelKind dengan menyokong pengalaman perjalanan mesra haiwan yang tidak mengeksploitasi makhluk hidup,” kata Ketua Kempen FOUR PAWS UK, Emily Wilson. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 09:29 PM | Show all posts
tarik guna kontol lah, ni tarik guna tangan memang lah liger kalah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh ingatkn bertarung bergomol bagai
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka cadangkan, masuk dulu dalam sangkar. Bertarunglah kut mcmana pun. Baru fair n square gitew!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 07:31 AM | Show all posts
baru tau ada bintang liger. omg
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 09:49 AM | Show all posts
rosedemon replied at 8-11-2022 11:31 PM
baru tau ada bintang liger. omg

aku tau perkataan liger ni ms tgk running man duluuuu. dorg kapelkan jihyo dgn jongkook. anak jadi liger . tp x sangka pulak mmg ada binatang liger ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2022 12:36 PM | Show all posts
rosedemon replied at 9-11-2022 07:31 AM
baru tau ada bintang liger. omg

liger ada. tigon pun ada.
liger : male lion + female tiger
tigon : the opposite of liger


-hasil melayan animal planet dgn anak2 aku

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
x sangka rimau boleh kawen singa. kucing ngan anjing xleh plak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 9-11-2022 12:36 PM
liger ada. tigon pun ada.
liger : male lion + female tiger
tigon : the opposite of liger

ahahaah sama mcm anak iols.
mula2 dia cerita liger, tigon ni igtkan dia membongak je. sekali tgk utube ada rupanya

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 02:13 PM | Show all posts
syamzana replied at 9-11-2022 01:42 PM
ahahaah sama mcm anak iols.
mula2 dia cerita liger, tigon ni igtkan dia membongak je. sekali tgk u ...

budak2 cepat ingat.

liger tu aku mmg dh tau dari dulu. tapi tigon tu kiranya baru tau la hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047259 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list