Datuk Jamal Abdillah tampil memohon maaf susulan penularan video dia mengkritik Parti Tindakan Demokratik (DAP) sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang akan berlangsung pada 19 November ini.
Mengakui apa diperkatakan itu tanpa ada pengetahuan tentang politik, Jamal, 63, berharap permohonan maaf tersebut tidak lagi menimbulkan salah faham atau kekeliruan dalam kalangan peminat dan masyarakat Malaysia. "Saya spin perkara itu dalam keadaan saya tidak mengetahui (hal politik). Sebagai rakyat Malaysia pastinya kita tidak mahu perkara sebegini berlaku. "Kepada DAP sepenuhnya saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan dilakukan. Semoga dengan pencerahan ini tidak ada lagi kata-kata yang mengaitkan saya buat fitnah," katanya.
Jamal membuat kenyataan itu menerusi perkongsian di laman TikTok dengan nama @zettyDja dipercayai dikendalikan oleh isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin. Dalam video berkenaan, Jamal turut memohon semua pengundi di Malaysia untuk menilai kebenaran berkaitan isu yang pernah menjadi bualan sebelum ini. "Hanya kerana kebimbangan kepada generasi akan datang saya buat video itu. Saya tidak sepatutnya buat video itu. Bagaimanapun saya harapkan peminat dapat pertimbangkan adakah benar apa yang saya katakan. Sebagai rakyat saya bimbang keadaan itu berlaku," ujarnya. Sebelum ini tular sebuah video memperlihatakan penyanyi itu menyeru kepada pengundi supaya tidak memilih calon-calon DAP kerana bimbang ia boleh memberi kesan kepada kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Dalam video sama, Jamal secara terang menyebut beberapa isu yang akan berlaku sekiranya parti berkenaan memperoleh majoriti kerusi sekali gus memegang tampuk pemerintahan kerajaan. -CARI Sumber: mStar Online
|
LembingDayanti replied at 8-11-2022 07:18 PM
tapi betol la toksah pangkah DAP
ADVERTISEMENT