CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalah Teruk, Hilang Duit Pertaruhan- Herman Tino Dah Serik Nak Bertanding Pilihan Raya

8-11-2022 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2056| Komen: 16

Herman Tino, 68, serik untuk bertanding dalam pilihan raya lagi walaupun mempunyai pengalaman itu ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi Parlimen Tanjong Karang.


Pernah bertanding menggunakan tiket bebas, namun hanya mampu meraih 340 undi di kerusi tersebut, Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, kini mahu memberi fokus dalam bidang seni sepenuhnya.

Katanya, senario politik yang penuh rencam ketika ini turut memberikannya inspirasi menghasilkan lirik lagu baharu.


Foto: IG

“Yang ku fikir bukan kahwin lagi, ku fikirkan kerana bangsaku. Berkuasa, tidak menguasai. Menikmati tidak memiliki. Itu antara baris lirik yang saya fikirkan dalam lagu baharu.


“Apapun, saya biarkan dahulu situasi politik bertenang dan apa-apa yang berlaku, saya akan rakamkan lagu baharu nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Pada PRU13, Herman hilang wang pertaruhan, sekali gus menyaksikan kegagalan dalam pentas politik demokrasi tanah air.

Kerusi Parlimen tersebut dimenangi oleh Tan Sri Noh Omar dari Barisan Nasional dengan memperoleh 20,548 undi, manakala calon PAS, Mohamad Rashdi mendapat 16,154 undi.

Dalam pada itu, Herman berharap agar ahli politik lebih menghormati golongan karyawan, seniman dan budayawan seperti di India yang mempunyai kebebasan untuk mengekspresikan kepincangan dalam pentadbiran negara.

“Menerusi filem, mereka boleh paparkan wakil rakyat yang makan rasuah, kepincangan pemimpin dan anggota polis. Namun, berbeza di Malaysia yang ternyata tidak boleh. Itu sebabnya lahir golongan muda yang buta sejarah.

“Disebabkan itu, saya pernah bertanding atas tiket bebas, namun sayangnya tidak dilihat rakyat sebab orang politik sangat berpengaruh dan berkuasa kerana ada peruntukan,” luahnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 8-11-2022 06:40 PM
Simpan la duit tahun depan BNM nak naikkan OPR berkali2 lg.
Btw nama sebenar dia very the jawa yaaa

Iols perasan org Tanjung Karang rata2 mmg ramai jowo kan.
Pastu nama dorang pun takde bunyi melayu.
Mcm adik ipar iols nama siap ada Mas kat depan tu dan dia lelaki.
Tp rupa dia tak  mcm tipikal jowo.
Dia ada rupa hidung pun mancung, ayah dia lagi helok berbanding dia sbb dh tua beruban tp masih ganteng.
Quote sleepandream 8-11-2022 06:46 PM
tempat iols ni ada few bertanding tiket bebas...
orang kaya noks...
10k deposit burn pun takpe janji popular jap... ala2 marketing gitu orang duk tanya sape si polan2 ni
Quote suka2 8-11-2022 07:44 PM
Ok la tu wak herman tino dapat 340 undi. Diva AA dulu dapat 90 undi jahh
Quote suka2 8-11-2022 07:46 PM
Suchi replied at 8-11-2022 06:40 PM
Simpan la duit tahun depan BNM nak naikkan OPR berkali2 lg.
Btw nama sebenar dia very the jawa yaaa
...

Org jawa ni ada yg mata sepet rupa lebih cina dari cina tp cakap BM slang jawa masih pekat.
Quote makadek 8-11-2022 07:50 PM
Tu mamat antivaks jaki pn masuk gak bertanding lawak tul bangang mana la vote
Quote makadek 8-11-2022 07:51 PM
suka2 replied at 8-11-2022 07:46 PM
Org jawa ni ada yg mata sepet rupa lebih cina dari cina tp cakap BM slang jawa masih pekat.

Ada mata sepet hidung pesek
Tk cntik
Quote redz85 8-11-2022 08:10 PM
dia ni selekeh.. rambut dah tak sesuai dengan usia
Quote Mizlyn 8-11-2022 08:27 PM
Tanjat gak masa he bertanding dulu.. Tapi kira ok la undi lebih dr 100
Quote Suchi 8-11-2022 08:45 PM
suka2 replied at 8-11-2022 07:46 PM
Org jawa ni ada yg mata sepet rupa lebih cina dari cina tp cakap BM slang jawa masih pekat.

Oh bkn ke hat mata sepet dan kulit cerah tu selalunya banjar?
kawan sekerja iols org jawa tanjung karang gak mata dia pun sepet kulit putih kuning pucat tu.
Mata dia sepet bkn cam cina tu dia sepet mcm bengkak nangis tu.Ala2 mata wak jahit tu la.
Quote dudaberhias 8-11-2022 08:53 PM
Suchi replied at 8-11-2022 06:40 PM
Simpan la duit tahun depan BNM nak naikkan OPR berkali2 lg.
Btw nama sebenar dia very the jawa yaaa
...

tu yang campur2 dah kaka, selalu deorang berhijrah ke sini kahwin orang sini, genetik dah campur2 memang cantik... samada campur melayu yang kat malaysia ke, minang ke aceh ke...

tapi kalau tengok filem indonesia lagi2 yang kerajaan yindu majapahit tu ya ampun very the jowo teemor rupa masing2, dia punya signature looks tu hidung jambu batu... lepastu paling noticeable lubang hidung la kot agak luas... tapi nak cerita lebih, orang melayu pun rhoper2 gini jugak yang ori pun yang cantik2 tu semua dah campur2 macam di belah utara....

Quote ..maksu 8-11-2022 11:20 PM
Suchi replied at 8-11-2022 06:40 PM
Simpan la duit tahun depan BNM nak naikkan OPR berkali2 lg.
Btw nama sebenar dia very the jawa yaaa
...

belah situ naik sampai belah perak tepi2 laut kebanyakan jawa banjar.... turun bawah belah johor jawa totok. aku tak suka orang jawa kuat bebel. sakit kepala
Quote rosedemon 9-11-2022 07:43 AM
bam tino g buat ibadah jela ek
Quote KamikuP 9-11-2022 03:30 PM
Kat tg karang tu selain jawa, org banjar pun ada yaachh.. Mata sepet kulit putih dan katik
Quote Lavender_Violet 9-11-2022 03:45 PM
redz85 replied at 8-11-2022 08:10 PM
dia ni selekeh.. rambut dah tak sesuai dengan usia

Tang bila yg dia kemas?Dari zaman muda dah selekeh
Dia masih berbinikan DJ Radio Noraini Ibnu tu ke?




Quote emera 9-11-2022 05:46 PM
Brp eh duit pertaruhan tu?
Quote misstakkepoh 19-11-2022 08:53 AM
Dia bertanding dulu pun,jadi kambing hitam sebab nak pecah undi melayu je. Biasa lah permainan politik. Padahal before tu elok je follow BN. Kurang2 dapat lah duit buat show under BN..huhuhu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.121220 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top