Lah Ahmad mendedahkan dia pernah mendapat dua tawaran menyanyi dalam setahun pada awal kemunculan sebagai penyanyi solo, sekitar 15 tahun dulu.
Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata, dia meninggalkan V.E pada 2007 yang juga dalam tahun sama dia baharu mendirikan rumah tangga. Katanya, dia memang tiada apa-apa ketika itu. "Pada awal nak mulakan karier nyanyian solo dulu, saya memang pernah rasa nak putus asa. Sebabnya, saya baharu berkahwin dan tinggalkan V.E serta saya tak ada apa-apa. Memang zaman susah yang saya kena lalui selama setahun.
"Apabila sudah berkahwin, ia tanggungjawab yang berat, susah bagi seorang lelaki nak jaga isteri. Lagi-lagi anak seni, dah tak ada 'show' dengan V.E, nak buat apa. Waktu itu, saya ingat lagi saya ada dua 'show' saja, dalam setahun," katanya kepada Harian Metro.
|
tumpanglalu74 replied at 8-11-2022 02:35 PM
Susah apenye? Bukan banglo makbapaknye kat bukit Seksyen 7 Shah Alam tu ke??
heythere123: adakah heols nak lawan citer anak dato k yg ada rm10 dalam poket tu?
Perawankota replied at 8-11-2022 09:04 PM
2 show je setahun, tapi mesti ada keje lain kan plus parents OK senang.. Lainlah sebarang kara
rosedemon replied at 9-11-2022 07:39 AM
yg penting bamlah kacak
tumpanglalu74 replied at 8-11-2022 02:35 PM
Susah apenye? Bukan banglo makbapaknye kat bukit Seksyen 7 Shah Alam tu ke??
cashewnut replied at 19-11-2022 08:10 AM
Time mendonia dulu tak menyimpan ke??? Sesia je glamer banyak duit tapi tak ingat menyimpan. Sorry ...
ADVERTISEMENT