CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 17

Lah Ahmad Kenang Hidup Susah, Ada Dua Show Je Dalam Setahun

[Copy link]
Post time 8-11-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Lah Ahmad mendedahkan dia pernah mendapat dua tawaran menyanyi dalam setahun pada awal kemunculan sebagai penyanyi solo, sekitar 15 tahun dulu.


Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata, dia meninggalkan V.E pada 2007 yang juga dalam tahun sama dia baharu mendirikan rumah tangga.


Katanya, dia memang tiada apa-apa ketika itu.


Foto: IG




"ada awal nak mulakan karier nyanyian solo dulu, saya memang pernah rasa nak putus asa. Sebabnya, saya baharu berkahwin dan tinggalkan V.E serta saya tak ada apa-apa. Memang zaman susah yang saya kena lalui selama setahun.


"Apabila sudah berkahwin, ia tanggungjawab yang berat, susah bagi seorang lelaki nak jaga isteri. Lagi-lagi anak seni, dah tak ada 'show' dengan V.E, nak buat apa. Waktu itu, saya ingat lagi saya ada dua 'show' saja, dalam setahun," katanya kepada Harian Metro.




  



Lah berkata, dia melalui zaman susah itu sendirian dengan berbekalkan semangat untuk berusaha mencari rezeki bagi menyara isteri dan keluarga yang baharu dibinanya.


"Ketika zaman susah itu, memang kena kuat untuk lalui apa saja kerana tak ada orang yang nak tolong saya. Kadang-kadang, sebab dah pernah rasa duduk di atas, gah dan nama pun besar (ketika bersama V.E), lepas itu, Allah tarik macam itu saja. Kahwin dan habis tak ada itu semua," katanya.


Ujar Lah, dia juga pernah pergi 'show' bawa cakera padat (CD) sendiri dan minta bantuan pemuzik di acara itu pasangkan untuk nyanyi trek lagu dipilih.


Katanya, apa yang pernah dilalui itu adalah peringatan Allah buat dirinya untuk buang ego diri.


  



"Apapun, saya amat bersyukur pernah melalui zaman susah itu untuk muhasabah diri semula. Kalau tidak, dengan ego di hati yang dah rasa besar, buat kita mudah lupa. Sebenarnya, kita ini tak ada apa pun. Jadi, saya bersyukur Allah leburkan ego itu dan lembutkan semula hati," katanya.


Lah yang kini sudah 25 tahun berkecimpung dalam industri seni sejak tahun 1997 bersama V.E sehingga bergerak solo teruja akan tampil dengan konsert berskala besar pertama pada 28 Januari depan di Stage 1 Theatre, PJPac 1 Utama.


Lebih istimewa lagi, tiket 25 Years Lah Ahmad Live In Concert itu sudah habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas jualan dibuka pada 2 November lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah apenye?  Bukan banglo makbapaknye kat bukit Seksyen 7 Shah Alam tu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 8-11-2022 02:35 PM
Susah apenye?  Bukan banglo makbapaknye kat bukit Seksyen 7 Shah Alam tu ke??

adakah heols nak lawan citer anak dato k yg ada rm10 dalam poket tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde show, pi la kerja mcd. Makan pun free
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 04:19 PM | Show all posts
heythere123: adakah heols nak lawan citer anak dato k yg ada rm10 dalam poket tu?

masih xle lawan payung kuning "papa kerja keras"

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 04:20 PM | Show all posts
semua nak buat kisah sedey.

tapi memang la koje camni yg tak guna akal sgt dgn kelulusan ni kekadang ikut untung nasib.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
2 show je setahun, tapi mesti ada keje lain kan plus parents OK senang.. Lainlah sebarang kara
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku minat Lah ni sbb suara dia sedap..dan dia mmg sorg yg sgt cool.. pernah tgk rancangan dulu2 psl prank kenekan dia..psl kereta ke hape.. reaction dia time tu mmg cool giler, kalo org biasa agaknya dah melenting mengamuk bagai.. so dh boleh agak personaliti sebenar dia mcm mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 8-11-2022 09:04 PM
2 show je setahun, tapi mesti ada keje lain kan plus parents OK senang.. Lainlah sebarang kara

Lah ank org kaya ke? Parents die sape?
So spjg xde show dlu tu cmne die survive?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 07:39 AM | Show all posts
yg penting bamlah kacak
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 9-11-2022 07:39 AM
yg penting bamlah kacak

ini i sokong 97%
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun. Sedap dan lazattt bamlah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 8-11-2022 02:35 PM
Susah apenye?  Bukan banglo makbapaknye kat bukit Seksyen 7 Shah Alam tu ke??

Dia dah xde bapak kan? Dia ada mak je rasa. Tp ni geng ttdi jugak ni.

Kalau dok ttdi xkn lah mengais pagi makan pagi pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Time mendonia dulu tak menyimpan ke??? Sesia je glamer banyak duit tapi tak ingat menyimpan.  Sorry la kalau retis ni jadi b40 pun memang tak kesian. Baik bagi duit pada b40 yang oku ke ibu tunggal lagi ada pekdah. Mana2 agen insurans ke pi la market produk korang ni pada retis ni menyusahkan rakyat je kalau depa ambik portion rakyat yang lebih berhak. Masa kaya glamer tak nak beringat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia macam ni..ada orang kerja sehari makan setahun..ada orang kais pagi makan petang...so harga lah berapa ek..retis gred e pon mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape je single dia smpai nk bt konsert? Mybe iols je yg xtau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by codenamedream at 19-11-2022 01:45 PM
cashewnut replied at 19-11-2022 08:10 AM
Time mendonia dulu tak menyimpan ke??? Sesia je glamer banyak duit tapi tak ingat menyimpan.  Sorry  ...


Dia menyimpam lah tu masa dia pemes sebab tu boleh survive hidup walau cuma 2 show jer setahun.

Bukan dia ada mengemis mintak rumah PPRT maupun keluar surat khabar cerita x mampu beli pampers anak.

Dia cerita jer awal2 solo dia struggle nk dpt show. And dia berusaha mencari rezeki. Mungkin heols ada kerja lain juga. Walau parents Kaya ttdi ke haper, tapi haruslah heols nak cari makan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 03:00 PM | Show all posts
ada lagi yang lebih susah. Makan tisu jer buat alas perut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.099026 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list