CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Antara Perempuan Dan Lelaki Kita Kena "Lower Your Gaze"", Caprice Ulas Isu Youtuber Kena Kecam Buat Konten ‘Review’ Gadis Berniqab ...

8-11-2022 07:15 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2414| Komen: 15




Beberapa hari lalu satu video yang dibuat oleh Youtuber terkenal hangat dibualkan di media sosial kerana ia mengundang rasa tidak senang dikalangan ramai.

Konten yang dihasilkan memaparkan beberapa orang lelaki sedang duduk di sofa dan kemudian beberapa orang gadis berniqab muncul. Setiap lelaki dalam video tersebut membuat ulasan dan memberi pendapat masing-masing mengenai pemakaian gadis-gadis tersebut. Perbuatan mereka ini telah menimbulkan rasa amarah ramai kerana dianggap mempermainkan pakaian tersebut.

Isu panas ini telah menarik perhatian Caprice seterusnya satu video telah dimuat naik di Instagramnya bagi mengulas isu yang hangat di perkatakan ini.  


Menurut Caprice, konten yang dibuat oleh Youtuber tersebut sesuatu perkara yang bagus jika dipandang dari sudut positif kerana dia ada ramai pengikut. Secara tak langsung, pengikutnya yang "freehair" juga mungkin cuba untuk menutup aurat disebabkan video tersebut.

Cuma tiba-tiba ada lelaki nak jadi juri nak komen tentang rupa, pakaian siap nak letak nombor adalah kurang molek kata Caprice.

"Bagus kalau anak muda promote niqab supaya yang freehair maybe tersentuh dan boleh start... cuma cara dia, kurang molek. LOWER YOUR GAZE." 

Menurutnya lagi, sebagai orang Islam kita ada batas antara lelaki dan perempuan.

"Kita sebagai lelaki, dalam Islam antara perempuan dan lelaki kita kena "lower your gaze". Kalau nampak jangan pandang lama-lama.Ia bukan sesuatu yang senang tapi suatu hari insyaAllah. Kita semua bertaubat" katanya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen marah dan tidak bersetuju apabila niqab dijadikan sebagai konten ala-ala fashion.

buburkaca : they literally make joke abt "niqab content" sebagai lawak,ini mereka nk sampaikan apa kat bdk² yg selalu tngok video dorang ni

ainfitriah8 : Dah macam menjatuhkan maruah wanita..niqab is not just for fesyen guys

fakhrulridzwan_ :Content dia semua mengarut. Peminat dia rata-rata budak remaja je. Kalau terjumpa video dia mesti saya swipe. Aku ada type kalau aku like, aku like kalau tak aku swipe

thesitinurhazirah : Alhamdulillah Cap..aku suka hg ckp benda2 camni.

Bagaimanapun, terbaharu Youtuber tersebut memuat naik satu video mohon maaf buat konten review gadis berniqab berkenaan. Menurut Youtuber Ammar Nazhan, bukan niat mereka untuk mempersendakan pakaian suci isteri-isteri Nabi.

Katanya dia hanya mahu menghadiahkan niqab itu kepada gadis-gadis berkenaan dan berharap agar mereka berubah ke arah lebih baik. Dalam kesempatan itu juga dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menegur kesilapannya berkenaan.


Ammar Nazhan yang membahasakan dirinya sebagai Am turut bersyukur kerana ada ustaz dan ustazah yang menegurnya secara peribadi tanpa war-warkan. Malah katanya teguran mereka secara baik-baik dan dia sangat berterima kasih. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misszaitun 8-11-2022 03:39 AM
Tak boleh bla dengar slang topinasi ni..cakap macam biasa tak boleh ke
Quote esbok 8-11-2022 08:43 AM
misszaitun replied at 8-11-2022 03:39 AM
Tak boleh bla dengar slang topinasi ni..cakap macam biasa tak boleh ke

aku kalau dengar dia cakap mcm kan aku tengah kunyah daging liat tak putus2 lepas tu nak tercekik


ampun cha pris
Quote BknMaksum 8-11-2022 08:53 AM
esbok replied at 8-11-2022 08:43 AM
aku kalau dengar dia cakap mcm kan aku tengah kunyah daging liat tak putus2 lepas tu nak tercekik

...

:lol
Quote laksmanabentan 8-11-2022 09:37 AM
daddy ler sangat
Quote KamikuP 8-11-2022 09:51 AM
Jadi ke tak nak saman mydin nih?
Quote jiwarasa 8-11-2022 10:03 AM
Memang kerje dia sekarang ulas isu viral je ek..
Dia kerje apa sebenarnya.nyanyi macam dah tak ada je
Quote tompie 8-11-2022 10:16 AM
mcmana lah orang mcm ni boleh stay relevant..
Apa source of income dia??

Quote CikYaYaYa 8-11-2022 01:27 PM
Ko diam jelaa. Sibok jee nak mencapub. Baikk ko jagaaa jee binik ko kat rumah tu haa
Quote LadyCarefree 8-11-2022 02:57 PM
Mana saman Mydin?
Nak belanja orang kat Mydin dah ke?
Kereta Naza dah bagi kat orang tak?
Minyak untuk frontliner mana?
Quote Zaien 8-11-2022 03:24 PM
diam jek kes mydin ?
hahaha ade tugasan lain eh kena buat..
Quote nawtylulu 8-11-2022 04:08 PM
buat2 lupa kes meden ni.. sbb tu la start komen bnde lain dh. dgn hrapan org pon sama lupa..
Quote tenggiripink 9-11-2022 10:04 AM
slang cap ni iols berdarah dgr
udah2 ler cap menumpang limelight issue orang lain
Quote Suchi 9-11-2022 01:38 PM
Tp niqab mmg fashion je pun
Quote iza_just2c 9-11-2022 04:34 PM
menyampah betul youtuber bbnu yang suka buat content sampah tapi masalahnya ramai pula menengoknya...langsung tak bermanfaat
Quote Goodluckdontcry 9-11-2022 05:34 PM
Rs semua blh teka kan, sape yg membawa fitnah kpd pemakaian niqab ni klu xlain xbukan bekas Tupperware budak botak ni..sbb tu den menyampah thp tenuk dekat minah rider tu..tmskla budak botak suka merempan ni... harktuihhhhh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.137349 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top