CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Geng Ferrari Dari Singapura Galak Potong Double Line Sampai Masuk Semak

7-11-2022 08:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3002| Komen: 29

Bukan sekali dua, malah sudah berkali-kali kejadian melibatkan pengguna jalan raya dari negara seberang yang membawa kenderaan tanpa menghiraukan undang-undang. 


Malah, segelintir mereka menjadikan lebuh raya di Malaysia seperti lokasi untuk beraksi dan ‘tunjuk lagak’.


TikTok

Terbaru, seorang wanita sempat merakam detik cemas ketika bertembung dengan kumpulan konvoi kereta mewah dari Singapura di sepanjang perjalanan dari Kelantan ke arah utara tanah air. 

Mana tidaknya, pemandu tidak bermoral terbabit beberapa kali dilihat memotong kenderaan lain di garisan berkembar, membahayakan pengguna lain.




Tiba di kawasan Grik, Perak, salah satu kenderaan, Ferrari berwarna kuning dari kumpulan tersebut dilihat tersadai di tepi jalan kerana hilang kawalan manakala rakan pemandu yang lain cuba untuk mendapatkan bantuan. 

Difahamkan, kawasan lebuh raya tersebut memang tidak digalakkan untuk memandu laju kerana keadaan jalannya yang teruk serta banyak selekoh tajam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui naik geram dengan sikap pemandu dari negara seberang tersebut. 





Dalam pada itu, ramai yang mencadangkan supaya pihak berkuasa mengenakan tindakan lebih keras supaya kejadian sama tidak berulang.


Sumber: Kisah Dunia




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 7-11-2022 08:34 PM
berebut nak kerja kat malaysia lettew
Quote sharlenetexas 7-11-2022 08:39 PM
Bila b*b* terlepas.

Quote redz85 7-11-2022 08:47 PM
Quote kechikchomel 7-11-2022 08:50 PM
Dah tu ada orang tolong tak?
Kalau iolss flip tudung je lah
Quote Kurex 7-11-2022 08:50 PM
Salah satu parashit
Quote margo20 7-11-2022 09:00 PM
Best ke drive jauh jauh dok dlm supercar? Bukan lowered gila ke seat dia?
Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 09:08 PM
dah tiba masa kerajaan buat bonggol automatik, kalau plat singapore lalu, tetiba bonggol tengku jalal muncul
Quote asamfish 7-11-2022 09:54 PM
jangan ditolong org mcm tu....rasainnnnnnn.......
Quote Jitu 7-11-2022 10:46 PM
menyemak je set2 bodo ni kat jalan
Quote Nizleen86 7-11-2022 11:03 PM
Pakai kereta mahal last2 ko isi petrol kat sini sampai terjongket2 kereta nak bagi full tank! Phuuihhhhh!!!
Quote Firenzza 7-11-2022 11:25 PM
Klau keta msia langgar lampu merah kt spore jgn haraplah ko blh lepas balik msia. Plat SG ni dh btp kali cabar authority msia tp xde apa2 tindajan pun. Harap2 gomen haramkan kenderaan msia guna jlnraya seminggu utk bagi peluang kiasu merempit jlnraya malaya, supaya ferrari ka lambo blh guna jln kt sini dgn senang hati
Quote Skuau 7-11-2022 11:53 PM
tudia MAJU versi temasik..ke semak jua...akhirnya.
Quote azurro 8-11-2022 05:12 AM
Sebabnya singapura jalan pendek² ja, bila masuk m'sia diaorang lepas gian terpendam bleh drive longg... Apalagi kann....
Quote stingergrumpy 8-11-2022 05:17 AM
Salam kerok RM50 (SIN15)abam trappik buat sarapan, settle ler....

Kahkahkahkah
Quote stingergrumpy 8-11-2022 05:28 AM
Nizleen86 replied at 7-11-2022 11:03 PM
Pakai kereta mahal last2 ko isi petrol kat sini sampai terjongket2 kereta nak bagi full tank! Phuuih ...


Machiam ler kita rakyat malaysia tak besa dgn budaya mampoo tengok jer?

Rumah rakyat mampoo tengok...pemimpin pemimpin luxurious holidays harta berkoyan koyan..mampoo tengok...

Satu bentuk Ujian tau utk kita semua supaya jgn jelly.....

Kheunz?

Kahkqhkahkah

Quote ninja boy 8-11-2022 06:42 AM
Apabila keluar kandang
Quote shernazz 8-11-2022 06:52 AM
Patut tepuk tangan masa lalu tu...
Quote bulalof 8-11-2022 07:17 AM
aku heran satu je dgn KEBANYAKKAN rakyat Malaysia.

takut dgn org luar. wpun berada dlm negara sendiri. kenapa takut sgt dgn driver singapork yg membabi buta driving ni? tak payah sgt nak bg muka.

sama juga dgn rohingya dan yg sewaktu dgnnya. kenapa kita pulak yg takut dgn mereka?

sudahlah authority lemah dgn penguatkuasaan.
Quote venom1 8-11-2022 07:21 AM
adakah ini penyebab kerajaan nak wujudkan Single Border Agency (SBA).  PDRM, Kastam, Imigresen bergabung kat sempadan negara untuk tingkatkan kecekapan penguatkuasaan? Mana2 kereta asing keluar dari Malaysia bayar saman dulu kalau tak sita kenderaan masuk kandang.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049433 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top