Polis Brickfields menafikan anggotanya memotong barisan ketika mencuci kereta peronda di sebuah pusat cuci kenderaan di Pantai Dalam, di sini.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan satu gambar sebuah kereta peronda polis (MPV) berserta ciapan bertanya adakah kenderaan polis boleh potong barisan semasa cuci kereta. "Hasil pemeriksaan awal mendapati MPV itu dinaiki anggota bertugas Balai Polis Pantai yang pergi ke kedai mencuci kereta di kawasan Pantai Dalam kerana kotor.
"Sebaik sampai di lokasi, anggota bertugas meletakkan kereta di bahagian belakang kedai dan menunggu giliran. "Anggota terbabit tidak meminta untuk potong barisan sebaliknya pekerja kedai itu yang menyuruh masuk dulu untuk dibasuh. Selepas selesai dibasuh, anggota membayar dan beredar untuk meneruskan penugasan rondaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menegaskan pihaknya tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan mereka didapati bersalah akan diambil tindakan tegas. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan. Terdahulu, tular di media sosial ciapan berkenaan 'Nak tanya sikit polis basuh kereta memang takyah beratur ke? Boleh potong semua orang yang tengah tunggu turn?' yang mendapat reaksi netizen. Sumber: Harian Metro |
Carcosa replied at 7-11-2022 09:19 PM
Aku lagi rela kena potong queue dgn kereta peronda mcm ni, drpd kena potong queue dgn Alpard Albabi ...
epullipan replied at 8-11-2022 09:15 AM
setuju..pernah kena dua kali dengan alasan dia bayar 2 kali ganda,depan pakai lambang dato'..silap ...
ADVERTISEMENT