CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengarah Bela Diri, Tuduh Babak Aksi Dibuat Atas Kerelaan Wafariena Sendiri!

7-11-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2119| Komen: 5

Wafariena Roslan membuat laporan terhadap pengarah Mata Tak Berhijab iaitu Kahiri Azmi di Balai Polis Kundang, Kuang, Selangor pada 26 Oktober lalu susulan kecederaan yang dialami selepas dipaksa melakukan babak aksi dalam drama berkenaan.


Ibu kepada Wafariena iaitu Suzana Ahmad menjelaskan pihaknya nekad berbuat demikian selepas mendakwa difitnah oleh Kahiri yang mendakwa anaknya melakukan babak berkenaan dengan rela hati.

Suzana turut meluahkan rasa kecewa apabila tiada sebarang permohonan maaf dibuat pengarah tersebut selepas insiden yang berlaku pada 8 Oktober lalu di sebuah kawasan hutan di Lenggong, Perak.

Foto: IG

"Sebagai pengurusnya, saya ingin tegaskan Wafariena tidak beraksi secara rela untuk babak berbahaya dalam penggambaran tersebut memandangkan dia tiada pengalaman.

"Tiada guna kalau dia mahu hubungi kami selepas laporan polis dibuat kerana seolah-olah mengabaikan keselamatan anak saya.

"Sedangkan dia tahu kecederaan Wafariena serius sehingga mengambil masa lama untuk sembuh," katanya.



Sementara itu, Suzana menjelaskan tindakan undang-undang yang diambil hanya kepada pengarah drama tersebut tanpa melibatkan produser atau krew penggambaran yang lain.

Pihaknya juga akan bertemu dengan penerbit drama berkenaan bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit termasuk kos rawatan anaknya di hospital.



"Sepatutnya kami akan bertemu penerbit namun belum dapat tarikh kerana jadualnya padat. Antara perkara yang akan dibangkitkan adalah tentang bayaran akhir serta kos rawatan Wafariena.




"Wafariena mengalami kecederaan di bahagian perut selain kecederaan tisu punggung dan terpaksa menolak dua tawaran lakonan. Dia bagaimanapun meneruskan penggambaran sebuah program yang sudah dipersetujui lebih awal," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 7-11-2022 05:51 PM
Knp aku tak rasa kesian kt dia ni? Hitam sgt ke hati ku?
Quote fadz84 7-11-2022 06:18 PM
Masuk hospital private tu nk suh pihak produksi byr la ye..
Quote iolss 7-11-2022 06:39 PM
itu la penting nya insuran..
Quote jalfa 7-11-2022 08:20 PM
Bertanggungjawab la sikit..dah suh buat aksi aksi cedera knp susah nak mintak maaf.lain kali pelakon tolak je kalau suruh buat aksi pelik pelik..bayar la stuntman.kedeks punya produksi
Quote rosedemon 8-11-2022 10:11 AM
watevahhhh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.137520 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top