View: 1803|Reply: 5
|
Pengarah Bela Diri, Tuduh Babak Aksi Dibuat Atas Kerelaan Wafariena Sendiri!
[Copy link]
|
|
Wafariena Roslan membuat laporan terhadap pengarah Mata Tak Berhijab iaitu Kahiri Azmi di Balai Polis Kundang, Kuang, Selangor pada 26 Oktober lalu susulan kecederaan yang dialami selepas dipaksa melakukan babak aksi dalam drama berkenaan.
Ibu kepada Wafariena iaitu Suzana Ahmad menjelaskan pihaknya nekad berbuat demikian selepas mendakwa difitnah oleh Kahiri yang mendakwa anaknya melakukan babak berkenaan dengan rela hati.
Suzana turut meluahkan rasa kecewa apabila tiada sebarang permohonan maaf dibuat pengarah tersebut selepas insiden yang berlaku pada 8 Oktober lalu di sebuah kawasan hutan di Lenggong, Perak.
Foto: IG
"Sebagai pengurusnya, saya ingin tegaskan Wafariena tidak beraksi secara rela untuk babak berbahaya dalam penggambaran tersebut memandangkan dia tiada pengalaman.
"Tiada guna kalau dia mahu hubungi kami selepas laporan polis dibuat kerana seolah-olah mengabaikan keselamatan anak saya.
"Sedangkan dia tahu kecederaan Wafariena serius sehingga mengambil masa lama untuk sembuh," katanya.
Sementara itu, Suzana menjelaskan tindakan undang-undang yang diambil hanya kepada pengarah drama tersebut tanpa melibatkan produser atau krew penggambaran yang lain.
Pihaknya juga akan bertemu dengan penerbit drama berkenaan bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit termasuk kos rawatan anaknya di hospital.
"Sepatutnya kami akan bertemu penerbit namun belum dapat tarikh kerana jadualnya padat. Antara perkara yang akan dibangkitkan adalah tentang bayaran akhir serta kos rawatan Wafariena.
"Wafariena mengalami kecederaan di bahagian perut selain kecederaan tisu punggung dan terpaksa menolak dua tawaran lakonan. Dia bagaimanapun meneruskan penggambaran sebuah program yang sudah dipersetujui lebih awal," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp aku tak rasa kesian kt dia ni? Hitam sgt ke hati ku? |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk hospital private tu nk suh pihak produksi byr la ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu la penting nya insuran.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertanggungjawab la sikit..dah suh buat aksi aksi cedera knp susah nak mintak maaf.lain kali pelakon tolak je kalau suruh buat aksi pelik pelik..bayar la stuntman.kedeks punya produksi |
|
|
|
|
|
|
| |
|