Rahmad Mega meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Suhazri Amrin Ramhad berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Ahad.
Rahmad atau Rahmad Tohak, 53, berkata, sebagai seorang bapa dia bangga dengan pencapaian anaknya itu dan turut mendoakan agar Suhazri terus berjaya dalam kariernya selepas ini. "Tahniah buat anakanda kerana berjaya menyelesaikan pengajian peringkat Ijazah Sarjana, papa doakan semoga terus berjaya," katanya. Rahmad berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram serta memuat naik gambar bersama isteri dan anaknya itu selepas menghadiri Majlis Konvokesyen UMP di Kuantan, Pahang.
Suhazri menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana dalam bidang Sains pada usia 25 tahun. Sementara itu, peminat penyanyi berkenaan turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Suhazri berjaya dalam karier yang dipilih.
|
prince_marhaen replied at 7-11-2022 05:00 PM
EH? Yang Kak Ainina Ahmad B tu bukan isteri heols ke? Dulu rasanya diorang bukak kiosk jual-jual kat ...
puteribunga replied at 7-11-2022 05:03 PM
Ainina tu 2nd wife.. dah bercerai pun... dengan Ainina ada 2 orang anak perempuan
puteribunga replied at 7-11-2022 05:03 PM
Ainina tu 2nd wife.. dah bercerai pun... dengan Ainina ada 2 orang anak perempuan
edoraixora replied at 7-11-2022 06:22 PM
anaknya dgn Ainina ada sorang autism kan
gekkou replied at 7-11-2022 09:07 PM
Ada juga dalam kalangan pengikutnya di Instagram mengusik sama ada Suhazri adalah benar-benar anakny ...
ADVERTISEMENT