View: 2702|Reply: 13
|
Rahmad Mega Bangga Anak Dapat Ijazah Sarjana Di Usia 25 Tahun, Sempat Buat Show Di Majlis Konvo
[Copy link]
|
|
Rahmad Mega meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Suhazri Amrin Ramhad berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Ahad.
Rahmad atau Rahmad Tohak, 53, berkata, sebagai seorang bapa dia bangga dengan pencapaian anaknya itu dan turut mendoakan agar Suhazri terus berjaya dalam kariernya selepas ini.
"Tahniah buat anakanda kerana berjaya menyelesaikan pengajian peringkat Ijazah Sarjana, papa doakan semoga terus berjaya," katanya.
Foto: IG
Rahmad berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram serta memuat naik gambar bersama isteri dan anaknya itu selepas menghadiri Majlis Konvokesyen UMP di Kuantan, Pahang.
Suhazri menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana dalam bidang Sains pada usia 25 tahun.
Sementara itu, peminat penyanyi berkenaan turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Suhazri berjaya dalam karier yang dipilih.
Ada juga dalam kalangan pengikutnya di Instagram mengusik sama ada Suhazri adalah benar-benar anaknya kerana mereka kelihatan seperti adik-beradik.
"Tahniah buat abang Rahmad dan keluarga, semoga Suhazri terus berjaya.
"Anak ke adik tu? Nampak macam rakan sebaya! Semoga terus berjaya dunia dan akhirat," komen netizen.
Difahamkan, Rahmad turut membuat kejutan kepada graduan pada majlis konvokesyen berkenaan apabila tampil membuat persembahan.
"Saya tengok abang Rahmad buat persembahan tadi dan suara masih macam dahulu juga, suara masih power!
"Tahniah buat anak lelaki, tadi tengok abang Rahmad buat persembahan dan abang memang Terpaling Juara," komen peminat di unggahan tersebut. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
EH? Yang Kak Ainina Ahmad B tu bukan isteri heols ke? Dulu rasanya diorang bukak kiosk jual-jual kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ainina tu 2nd wife.. dah bercerai pun... dengan Ainina ada 2 orang anak perempuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaa..kisahnyerr.. ingatkan kak nina tu wife dia sorang je... ekekekeke.. so kekal ngan yang ni first wife la ye... patutlah dulu macam nampak struggle jugak nak cari income, abg mat keja kedai jual keta, kak nina bukak booth/kiosk apa ntah.. dua rumah nak kena tanggung ropanyaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
master in science... congrats |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..Alumni UMP hadir |
|
|
|
|
|
|
|
anaknya dgn Ainina ada sorang autism kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandai juga anaknya sebab sarjana umur 25. Ingat ijazah tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga dalam kalangan pengikutnya di Instagram mengusik sama ada Suhazri adalah benar-benar anaknya kerana mereka kelihatan seperti adik-beradik.
mata aku sah2 nampak rahmad tu dah tua berkedut
celah mana macam adik beradiknya ntah
tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
ala tak ingat dulu Ainina pernah cakap sakit anak dia...dalam group autism gak kot... tapi anak istimewa la
|
|
|
|
|
|
|
|
xensem anak dia so nextttt |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah xsah ada kaki bodek. Nak kasi mat mega nampak muda.
Mat mega dulu dok kata dapat 'phd'. Dulu nama ada Dr. sekarang dah xguna title Dr tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia x cerai ke first wife masa kawen ngan ainina..rugi la ainina tu kawin masa tgh top. |
|
|
|
|
|
|
|
Rahmad ni dulu bukan ke konon ada phd? |
|
|
|
|
|
|
| |
|