Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan mendedahkan kerusi berkenaan bukanlah pilihan utama atau terakhir Khairy Jamaluddin tetapi satu-satunya pilihan yang ada buat calon Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut Ramanan, sekiranya Khairy tidak memperoleh kerusi berkenaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, beliau tidak akan mempunyai sebarang kerusi untuk ditandingi. Jelasnya, BN merupakan kerajaan yang tidak stabil dan perkara itu dibuktikan dengan tindakan mereka menempatkan Khairy bertanding di Parlimen Sungai Buloh.
“Kita lihat saudara Khairy yang bertanding di sini, dari Rembau dia dihantar ke Kuala Pilah tetapi tidak diterima dan dia dihantar ke Tampin juga tidak diterima, dia kena buang ke Padang Besar lepas itu tengok-tengok keluar berita dia nak ke Alor Gajah, sampai-sampainya dia di Sungai Buloh. “Saya nak tuan-tuan dan puan-puan tahu ini, dia bukan pilih Sungai Buloh sebagai pilihan satu, dua, tiga, empat dan anda juga bukanlah pilihan terakhir KJ tapi anda hanyalah satu-satunya pilihan, tiada Sungai Buloh dia tiada kerusi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Paya Jaras di Tapak Pasar Malam Paya Jaras, di sini malam tadi. Dalam ceramah yang sama, Ramanan turut meminta Khairy untuk memberi penjelasan mengenai beberapa skandal yang melibatkan diri Menteri Kesihatan tersebut seperti ECM Libra, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) sebelum ini. “Saya cabar dia mari, saya bina pentas bagi dia duduk depan-depan jawab apa yang saya tanya, skandal dia sampai hari ini tiada penjelasan. “Benda-benda ini ada tapi dia sembunyi dalam internet saya tidak tahu kenapa sampai hari ini, kita sudah lupa dan saya tak nak ungkit bila dicabar kena cabarlah balik,” katanya. Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Mohd Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas. Sumber: UTUSAN |
seripahzeripah: Tak boleh ke kempen aman² tan ...
venom1 replied at 7-11-2022 04:05 PM
jangan dilayan. KJ, Teruskan perjuangan
ADVERTISEMENT