CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jika OPR Tak Dinaikkan, Ringgit Akan Terus Menyusut

7-11-2022 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1683| Komen: 21

Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. Ia merupakan kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Mei lalu.


Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi terutama daripada rakyat yang berasa tertekan dengan peningkatan OPR selain harga barangan keperluan harian disebabkan oleh inflasi.


The Edge Market

Menurut MIDF Research, BNM dijangka bersiap sedia lebih awal mengenai dasar monetari dengan menaikkan OPR ke tahap prapandemik pada 3.00 peratus menjelang Januari 2023.

Peningkatan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus dalam Mesyuarat Dasar Monetari terakhirnya pada 2022 adalah selaras dengan jangkaan pasaran, tetapi masih kekal di bawah paras prapandemik. Menjelang 2023, penetapan dasar monetari BNM adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Malaysia yang mampan.


Ada dalam kalangan perunding kewangan menyatakan bahawa keputusan menaikkan OPR terpaksa dilakukan bagi menghadapi peningkatan inflasi dan pengumuman Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan sehingga 75 mata asas (bps) pada Rabu.

Sekiranya OPR tidak dinaikkan, nilai ringgit akan terus menyusut, sekali gus memberi kesan kepada kos import barangan keperluan negara terutama makanan kerana Malaysia mengimport kira-kira 60 peratus makanan dengan nilai lebih RM50 bilion.

Bagi mereka yang mempunyai banyak pinjaman bank, kenaikan OPR ini merupakan berita kurang menyenangkan, tetapi tidak bagi sesetengah pihak mempunyai banyak simpanan di institusi perbankan, ia berita gembira kerana kadar keuntungan meningkat.

Bagaimanapun, ia bukan membawa maksud bahawa rakyat perlu terus menyimpan dan tidak berbelanja kerana boleh menyumbang kepada kemelesetan ekonomi.

Justeru, bagi mereka yang mempunyai banyak pinjaman, antara perkara boleh dilakukan ialah menyediakan tabungan lebih sewaktu membayar hutang. Contohnya, sekiranya setiap bulan perlu membayar RM1,000 bagi pinjaman, perlu ada lebihan RM200 disimpan di mana-mana tabung sebagai pelan kecemasan.

Sekiranya berlaku peningkatan OPR lagi pada masa akan datang, mereka lebih bersedia untuk membayar pinjaman berbanding perlu membuat pelarasan perbelanjaan secara mengejut.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 7-11-2022 03:17 PM
Sembang kotey
Quote doubleharmonic 7-11-2022 04:11 PM
eh babi haritu tak sampai berapa bulan dah 2-3 kali opr naik pon tetap jugak ringgek tu menyusut?
Quote doubleharmonic 7-11-2022 04:11 PM
lepas tu sedap ko nak larang rakyat jangan melancong ke thailand bagai dah kenapa babi?
Quote venom1 7-11-2022 04:13 PM
"Bagi mereka yang mempunyai banyak pinjaman bank, kenaikan OPR ini merupakan berita kurang menyenangkan, tetapi tidak bagi sesetengah pihak mempunyai banyak simpanan di institusi perbankan, ia berita gembira kerana kadar keuntungan meningkat" Benci betul statement ni. Berapa kerat je rakyat Malaysia menyimpan?
Quote Page88 7-11-2022 04:47 PM
Always the people have to pay for every mistake that the government makes. Nice. Very nice.
Quote Page88 7-11-2022 04:48 PM
Always the people have to pay for every mistake that the government makes. Nice. Very nice.
Quote nusaraya 7-11-2022 04:54 PM
relax....masih belum mencapai kondisi ideal yang seharusnya bagi RM.... yaitu RM 10.0 for USD 1,0
Quote Kak-Rohana 7-11-2022 06:33 PM
Ini baru nama kestabilan bersama kenaikkn OPR..Jom nyanyi Kau Ilhamku dek
Quote Kitty_catz 7-11-2022 06:35 PM
ayoyo banyak nye bebenang OPR nehhh... rimasss la.. takde berita lain ke haaa?

Quote totokreturn. 7-11-2022 06:37 PM
korang ingat pangkah bang non, OPR boleh turun ka?
Quote monreyes 7-11-2022 08:22 PM
makanan seharian aku takde yg impot pun...semua local...apa yg kita import smpi 60B
Quote kemaruk 7-11-2022 08:24 PM
acik2 porem dah tak ratip lagi dah punca ringgit jatuh sebab rasuah, 1mdb, umno etc

sekarang acik2 dah paham dah kaitan dengan ekonomi dunia

sama macam GST dulu.. dulu bantah GST, sekarang dah ramai yang sokong
Quote ladybugz 8-11-2022 09:20 AM
bnm not a very good banker then. takkan la ni je solution yg ada utk kekang kejatuhan ringgit. sistem hapa ni? seramai2 otak bijak pandai dlm bnm tu takkan xleh pikir outside of the system n textbook? nk tekan rakyat pun berpada2 la. kalau mcm ni opr naik 100 kali pun still ringgir jatuh ke 100 bersamaan 1usd.
Quote green~tea 8-11-2022 09:37 AM
Penat nak komen topik sama....

Lantak kau situ opr nak naik pun..
Quote epullipan 8-11-2022 09:41 AM
dengan keadaan macam ni nak menyimpan pon susah..sembang rakyat menyimpan untuk kecemasan.rakyat akan lebih berhati2 dalam berbelanja lepas ni..semalam baru baca ikan tak berapa laku kat pasar melaka
Quote totokreturn. 8-11-2022 09:45 AM
tu tak masuk lagi yg kena kencing dengan kontraktor renovate rumah
Quote Nurdianah 8-11-2022 09:49 AM

Quote Lagubestbest 8-11-2022 10:07 AM
Kita patut mula import makanan ikut pintu belakang terutama dari India, Russia dan China. Atau dari Canada dan Australia semua direct-deal guna matawang mereka tanpa guna USDollar.
Quote ilacantik 8-11-2022 10:11 AM
monreyes replied at 7-11-2022 08:22 PM
makanan seharian aku takde yg impot pun...semua local...apa yg kita import smpi 60B

Bawang besar, bawang putih, kentang, mostly semuanya import. Sis masak tak guna bawang ke? Coming soon, telur pun kena import agaknya. Stress mak meols satu Kulai cari telur ayam semua abis.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.078407 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top