View: 1397|Reply: 21
|
Jika OPR Tak Dinaikkan, Ringgit Akan Terus Menyusut
[Copy link]
|
|
Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. Ia merupakan kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Mei lalu.
Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi terutama daripada rakyat yang berasa tertekan dengan peningkatan OPR selain harga barangan keperluan harian disebabkan oleh inflasi.
The Edge Market
Menurut MIDF Research, BNM dijangka bersiap sedia lebih awal mengenai dasar monetari dengan menaikkan OPR ke tahap prapandemik pada 3.00 peratus menjelang Januari 2023.
Peningkatan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus dalam Mesyuarat Dasar Monetari terakhirnya pada 2022 adalah selaras dengan jangkaan pasaran, tetapi masih kekal di bawah paras prapandemik. Menjelang 2023, penetapan dasar monetari BNM adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Malaysia yang mampan.
Ada dalam kalangan perunding kewangan menyatakan bahawa keputusan menaikkan OPR terpaksa dilakukan bagi menghadapi peningkatan inflasi dan pengumuman Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan sehingga 75 mata asas (bps) pada Rabu.
Sekiranya OPR tidak dinaikkan, nilai ringgit akan terus menyusut, sekali gus memberi kesan kepada kos import barangan keperluan negara terutama makanan kerana Malaysia mengimport kira-kira 60 peratus makanan dengan nilai lebih RM50 bilion.
Bagi mereka yang mempunyai banyak pinjaman bank, kenaikan OPR ini merupakan berita kurang menyenangkan, tetapi tidak bagi sesetengah pihak mempunyai banyak simpanan di institusi perbankan, ia berita gembira kerana kadar keuntungan meningkat.
Bagaimanapun, ia bukan membawa maksud bahawa rakyat perlu terus menyimpan dan tidak berbelanja kerana boleh menyumbang kepada kemelesetan ekonomi.
Justeru, bagi mereka yang mempunyai banyak pinjaman, antara perkara boleh dilakukan ialah menyediakan tabungan lebih sewaktu membayar hutang. Contohnya, sekiranya setiap bulan perlu membayar RM1,000 bagi pinjaman, perlu ada lebihan RM200 disimpan di mana-mana tabung sebagai pelan kecemasan.
Sekiranya berlaku peningkatan OPR lagi pada masa akan datang, mereka lebih bersedia untuk membayar pinjaman berbanding perlu membuat pelarasan perbelanjaan secara mengejut.
Sumber: Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
eh babi haritu tak sampai berapa bulan dah 2-3 kali opr naik pon tetap jugak ringgek tu menyusut? |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu sedap ko nak larang rakyat jangan melancong ke thailand bagai dah kenapa babi? |
|
|
|
|
|
|
|
"Bagi mereka yang mempunyai banyak pinjaman bank, kenaikan OPR ini merupakan berita kurang menyenangkan, tetapi tidak bagi sesetengah pihak mempunyai banyak simpanan di institusi perbankan, ia berita gembira kerana kadar keuntungan meningkat" Benci betul statement ni. Berapa kerat je rakyat Malaysia menyimpan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Always the people have to pay for every mistake that the government makes. Nice. Very nice. |
|
|
|
|
|
|
|
Always the people have to pay for every mistake that the government makes. Nice. Very nice. |
|
|
|
|
|
|
|
relax....masih belum mencapai kondisi ideal yang seharusnya bagi RM.... yaitu RM 10.0 for USD 1,0 |
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru nama kestabilan bersama kenaikkn OPR..Jom nyanyi Kau Ilhamku dek |
|
|
|
|
|
|
|
ayoyo banyak nye bebenang OPR nehhh... rimasss la.. takde berita lain ke haaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
korang ingat pangkah bang non, OPR boleh turun ka? |
|
|
|
|
|
|
|
makanan seharian aku takde yg impot pun...semua local...apa yg kita import smpi 60B |
|
|
|
|
|
|
|
acik2 porem dah tak ratip lagi dah punca ringgit jatuh sebab rasuah, 1mdb, umno etc
sekarang acik2 dah paham dah kaitan dengan ekonomi dunia
sama macam GST dulu.. dulu bantah GST, sekarang dah ramai yang sokong |
|
|
|
|
|
|
|
bnm not a very good banker then. takkan la ni je solution yg ada utk kekang kejatuhan ringgit. sistem hapa ni? seramai2 otak bijak pandai dlm bnm tu takkan xleh pikir outside of the system n textbook? nk tekan rakyat pun berpada2 la. kalau mcm ni opr naik 100 kali pun still ringgir jatuh ke 100 bersamaan 1usd. |
|
|
|
|
|
|
|
dengan keadaan macam ni nak menyimpan pon susah..sembang rakyat menyimpan untuk kecemasan.rakyat akan lebih berhati2 dalam berbelanja lepas ni..semalam baru baca ikan tak berapa laku kat pasar melaka |
|
|
|
|
|
|
|
tu tak masuk lagi yg kena kencing dengan kontraktor renovate rumah |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kita patut mula import makanan ikut pintu belakang terutama dari India, Russia dan China. Atau dari Canada dan Australia semua direct-deal guna matawang mereka tanpa guna USDollar. |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 7-11-2022 08:22 PM
makanan seharian aku takde yg impot pun...semua local...apa yg kita import smpi 60B
Bawang besar, bawang putih, kentang, mostly semuanya import. Sis masak tak guna bawang ke? Coming soon, telur pun kena import agaknya. Stress mak meols satu Kulai cari telur ayam semua abis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|