Seorang lelaki didakwa memukul anak teman wanitanya sehingga mati. Kejadian yang berlaku di Batam, Indonesia pada 3 November itu menyaksikan suspek, Randi Pebriansah bertindak sedemikian kerana geram mangsa asyik menangis meskipun sudah dipujuk berkali-kali.
Dia bertindak memukul, mencekik dan melempar mangsa untuk mendiamkannya. Detik.com melaporkan, suspek yang panik melihat keadaan kanak-kanak itu yang lemah, suspek segera menghubungi teman wanitanya, Amelia sebelum mangsa dikejarkan ke hospital namun mangsa sudah meninggal dunia. "Saya sudah suruh diam tapi dia terus menangis. Jadi saya pukul dan campak. Kerana biasa, kalau dia bangun tidur dan nangis ada mamanya. Saya tak beritahu yang saya pukul. Saya hanya beritahu, lepas saya bangun dari tidur, tengok dia tak bergerak." Ketua Polis Sei Beduk, Betty Novia berkata, penderaan itu terbongkar selepas keluarga mangsa melihat keadaan mayat mangsa yang dipenuhi dengan kesan bengkak di dahi dan lebam di beberapa bahagian badan. Susulan daripada itu, keluarga mangsa nekad membuat laporan polis dan suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Difahamkan, Amelia telah meminta pertolongan teman lelakinya itu untuk menjaga anaknya ketika dia bekerja. -CARI |
ADVERTISEMENT