Sana-sini masih bercerita tentang Konsert Rossa 25 Shinning Years yang mendapat sambutan hebat ribuan peminat setia di Malaysia.
Figura seni suara Indonesia, Datuk Seri Rossa mendendangkan sebanyak 27 lagu pada malam tersebut yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Rossa turut mengundang Hael Husaini untuk menyanyikan lagu Kamu Yang Ku Tunggu sebelum Hael mengambil alih pentas menyanyikan lagu hits Rossa, Ku Menunggu.
Namun memetik DIVA dari Kosmo yang hadir menyaksikan konsert tersebut baru-baru ini, Hael tidak mendapat tepukan dari orang ramai ketika muncul di atas pentas.
"Diva rasa kasihan pada Hael. Ketika penyanyi berwajah ‘oppa’ itu muncul di atas pentas, suasana yang mulanya gamat dan meriah tiba-tiba bertukar suram. Langsung tak ada orang tepuk tangan.
Jauh sekali pekikan daripada penonton yang teruja melihat kemunculannya dalam konsert tersebut. Kalau ada pun, mungkin seorang dua sahaja yang bertepuk tangan ketika Hael menyanyi.
Yang ketara, ramai seakan-akan tidak suka melihat penampilan Hael dalam acara tersebut sehinggakan Diva sendiri nampak ada dalam kalangan penonton ‘buat muka’ seperti tidak senang melihat Hael.
Berbeza ketika penyanyi Judika membuat persembahan. Boleh dikatakan dewan seperti mahu runtuh dengan laungan penonton yang menjerit-jerit memanggil namanya.
Diva cuba fikir positif, mungkin penonton yang hadir malam itu bukanlah terdiri daripada peminat Hael Husaini".
Sekadar info, penyanyi Hael Husaini menjadi antara penyanyi undangan yang membuat persembahan dalam konsert tersebut, selain Judika. - CARI