Bersalin dengan doktor lelaki atau wanita sering menimbulkan perdebatan dikalangan netizen. Namun bagi yang beragama Islam sudah tentu akan memilih doktor wanita berbanding doktor lelaki kerana atas faktor menjaga aurat. Tapi untuk memilih doktor hanya boleh dilakukan di hospital swasta sahaja dan sudah pasti memerlukan kos yang mahal berbanding hospital kerajaan. Bagi yang tidak berkemampuan terpaksalah terima mana-mana doktor yang ada tanpa mengira jantina ketika hendak bersalin. Tapi persolannya boleh ke guna terima doktor lelaki untuk sambut bayi atas alasan darurat? Melalui satu perkongsian video di TikTok, seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin berpendapat suami sebagai seorang yang dayus jika membiarkan lelaki lain melihat aurat isterinya.
"Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki. Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana". katanya. Siti Afifah berpendapat zaman sekarang ada ramai doktor wanita yang dapat menguruskan wanita bersalin, jadi tak masuk akal sekiranya membiarkan doktor lelaki juga. "Suami tak rasa cemburu ke biarkan lelaki lain tengok bawah isteri? "Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu. "Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main. Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya. “Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya.” tegasnya lagi. Bukan hanya mengkritik, Siti Afifah turut mencadangkan para suami untuk mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk membayar kos bersalin di hospital swasta yang diangggarkan menelan kos sebanyak RM4,000. Berikut adalah komen rata-rata netizen mengenai isu bersalin dengan doktor lelaki. lionmom@ : maaflah ustazah apa kata ustazah bina hospital khas utk IBU2 bersalin...harga marhaen....terima kasih atas ingatan Hafeez : minta kawal emosi ye spread.the.truth09 : amboiii..sedap ya ustazah cakap.kalau gaji CEO blh la..ustazah Bina hosp bsalin dgn doc wanita.harga rakyat. boleh?? zarifakml : ustaz azhar idrus bgtau tkpe klau darurat and tkde doktor prmpuan and time tu ad doktor lelaki sahaja,itu la yg pnh sy dgr drpd pnjelasan ustaz azhar derhaka : Kami cmburu kak tp kami x dpt pilih2 sbb kami bukan sultan @maszura21 : kami org susah...mana mampu nk pergi hospital mahal...Allah yang tahu kami ibu2 bersalin..janji kami semua Selamat bersalin indahbudi908 : pihak hspital tentukan..xkn kami nl bia bini sndri jdi taruhan..org berharta sdp la berckp Jadi, semasa bersalin adakah anda lebih gemar memilih doktor wanita untuk menyambut kelahiran cahaya mata anda atau tidak kisah jika doktor lelaki pun kerana sudah tiada pilihan lain? - CARI |
cmf_ctrl replied at 7-11-2022 04:47 AM
Lihat tak bernafsu pun sebab bila nak bersalin rupa poen tengok pun seram... Kira darurat lah tu lib ...
Samerosie replied at 7-11-2022 07:04 AM
Dah 2022 tak payah la jual rethoric sebegini. Ingat doctor lelaki pun suka ke. Bukan setakat sambu ...
ADVERTISEMENT