Sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman. Terbaru, tular rakaman di TikTok tentang seorang isteri menangkap suaminya sedang berdua-duaan bersama dengan skandal di dalam sebuah bilik. Menerusi video yang sudah mendapat lebih 3.5 juta tontonan itu, kedengaran suara isteri terbabit yang mempersoal wanita berkenaan sama ada dia tahu bahawa lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Bukan itu sahaja, si isteri turut bertanyakan kepada suaminya mengapa dia tidak memakai cincin kahwin mereka seolah-olah mahu menyembunyikan status dan mengaku bujang. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indonesia dan wargamaya memberikan semangat di ruangan komen kepada si isteri serta mencadangkan agar dia bercerai dengan lelaki tersebut. @SRIMURNI : Saya tidak sanggup mau komen apa,sebab saya di posisi yang sama @thv : laky cm nie pon berebut @Its _me. : pasal itulah jgn bagi hati kita 100% sama pasangan..bagi 50% saja. @Noraaaa : tinggal je laki gini tak susah pun @Umiey : Hanya yang penah merasa betapa sakitnyaa @mohalfian3097 : maaf ya ini india apa banglades @22brownsugar : pegawai beacukai jambi Agak-agak anda, apakah punca utama terjadinya kes curang yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini? Bincangkan. - CARI |
che-cikL replied at 7-11-2022 02:11 AM
hareeeesah replied at 7-11-2022 12:10 AM
Muka laki ni cam hanapi belah tepi plak tgk hehhe
ADVERTISEMENT