Tindakan pelakon Fatin Afeefa memadam gambar miliknya di Instagram mencetuskan pertanyaan dan spekulasi dalam kalangan pengikut setianya.
Fatin dilihat hanya meninggalkan tiga hantaran di bahagian feed laman sosial berkenaan yang melibatkan dirinya sebagai duta kepada sebuah produk. Ramai percaya tindakan pelakon Tentang Bulan itu ada kaitan dengan beberapa kontroversi melanda dirinya bersama bekas suami, Adam Shahz yang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Kontroversi antara Fatin Afeefa dan Adam Shahz sedang hangat diperkatakan oleh netizen
Ada pula merasakan tindakan itu dibuat ekoran keputusannya meninggalkan bidang seni kerana sudah tidak tahan bertikam lidah dengan bekas suami yang tidak berkesudahan. Malah di ruang komen gambar terakhir pelakon berkenaan, netizen melahirkan rasa simpati dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Fatin agar terus cekal menghadapi dugaan dan tohmahan. "Semoga kuat Fatin... bukan mudah untuk galas tanggungjawab sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak. Tetapi yakinlah kemanisan akan datang nanti. "Harap awak baik-baik sahaja cantik. Jangan sedih dan jaga diri. Kami sentiasa sokong awak," komen peminat. Fatin dan Adam bercerai pada 30 Mei 2017 selepas rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu musnah. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia yang berusia tujuh tahun. Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu. -CARI Sumber: mStar Online
|
LostStar replied at 4-11-2022 04:16 PM
knp dia gan ex dia.. tertinggal train la kawe... tgk ex dia xdak kata apa pon.. tak faham la.. lepas ...
sayawifenikmie replied at 4-11-2022 10:39 PM
wajibke nak kena declare janda bila kahwin?
kalau tak declare tak sah ek?
ADVERTISEMENT