View: 2349|Reply: 13
|
Gambar IG Fatin Afeefa Semua Lesap!
[Copy link]
|
|
Tindakan pelakon Fatin Afeefa memadam gambar miliknya di Instagram mencetuskan pertanyaan dan spekulasi dalam kalangan pengikut setianya.
Fatin dilihat hanya meninggalkan tiga hantaran di bahagian feed laman sosial berkenaan yang melibatkan dirinya sebagai duta kepada sebuah produk.
Ramai percaya tindakan pelakon Tentang Bulan itu ada kaitan dengan beberapa kontroversi melanda dirinya bersama bekas suami, Adam Shahz yang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Foto: IG
Kontroversi antara Fatin Afeefa dan Adam Shahz sedang hangat diperkatakan oleh netizen
Ada pula merasakan tindakan itu dibuat ekoran keputusannya meninggalkan bidang seni kerana sudah tidak tahan bertikam lidah dengan bekas suami yang tidak berkesudahan.
Malah di ruang komen gambar terakhir pelakon berkenaan, netizen melahirkan rasa simpati dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Fatin agar terus cekal menghadapi dugaan dan tohmahan.
"Semoga kuat Fatin... bukan mudah untuk galas tanggungjawab sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak. Tetapi yakinlah kemanisan akan datang nanti.
"Harap awak baik-baik sahaja cantik. Jangan sedih dan jaga diri. Kami sentiasa sokong awak," komen peminat.
Fatin dan Adam bercerai pada 30 Mei 2017 selepas rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu musnah.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia yang berusia tujuh tahun.
Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni berlakon best. Kategori ada bakatlah. Tapi kontrovesi sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
knp dia gan ex dia.. tertinggal train la kawe... tgk ex dia xdak kata apa pon.. tak faham la.. lepas tgk video dia yg nanges2 ritu.. try la tgk apa yg org kata.. xde apa pon.. pahtu muncu ex dia plak.. x de kata apa jua.. apa yg daku terlepas pandang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
LostStar replied at 4-11-2022 04:16 PM
knp dia gan ex dia.. tertinggal train la kawe... tgk ex dia xdak kata apa pon.. tak faham la.. lepas ...
Ko ini lurus gila. Kalau tengok video content dia buat tu semua dia buat lawak dkt afeefa. |
|
|
|
|
|
|
|
yasssss dah dapat jerung tuuuu
umpan dah mengena
fresh start laaa balik |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dia kawin dgn Adam dulu x de declare pun dia janda
Anak lelaki tu dia ckp anak angkat dia |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berbahagia la dgn org baru kut ada |
|
|
|
|
|
|
|
wajibke nak kena declare janda bila kahwin?
kalau tak declare tak sah ek?
alaaa ... perlu ke ungkit cerita2 hitam ?
move on jer la .. let go and feel good |
|
|
|
|
|
|
|
sooo??? tetap lah senduuuu walaupun semua dah lesap...
ikan bilis di pulau pangkor lagi popular siap acik2 kirim bawak balik dekat sedara mara... |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 4-11-2022 10:39 PM
wajibke nak kena declare janda bila kahwin?
kalau tak declare tak sah ek?
Kena la kak kang kalau dia masih bini org ke apa tak ke tak sah nnt.
Bukanlah suh declare kat socmed tp atleast kat bakal suami dia la dan masa isi form nikah tu laa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak declare cerai dikhuatiri merosakkan nasab. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ye je lesap..padahal park kat arkib. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih yg beri penjelasan Suchi & Wakefield.. kak lid faham dah. TQ |
|
|
|
|
|
|
| |
|