CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Seronok Sangat Tayang Baby Bump, Ramai Lelaki Terangsang Tengok Wanita Hamil

4-11-2022 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1957| Komen: 10

Kehamilan adalah tempoh yang sangat bermakna bagi pasangan suami isteri terutama sekali kaum wanita.

Disebabkan itu, kebanyakan wanita hamil teruja berkongsikan berita tentang kandungan di laman sosial, lebih lagi ibu muda yang pertama kali akan menimang cahaya mata.


Kegembiraan itu mendorong mereka kerap memuatnaik gambar aktiviti yang dilakukan seharian dan secara tidak langsung menampakkan baby bump.

Meskipun sekadar untuk berkongsi perkembangan bayi kepada rakan-rakan, namun tindakan memuatnaik gambar sedang hamil sebenarnya mengundang padah!


Gambar Hiasan


Ini kerana terdapat individu yang gemar melihat perut wanita hamil dan sering menyalahgunakan gambar yang dimuat naik di media sosial itu untuk tujuan keghairahan seksual mereka atau merangsang untuk meningkatkan syahwat.

Menerusi perkongsian Penolong Pegawai Perubatan (MA) Klinik Kesihatan Padang Lebar, Kuala Pilah Negeri Sembilan, Azrul Zubir, individu seumpama itu yang kebanyakannya kaum lelaki dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.

Malah katanya, ia adalah perlakuan yang sangat bahaya dan kaum wanita seharusnya berhati-hati serta perlu mengelakkan diri daripada ‘merangsang’ golongan terbabit.

“Lelaki yang ada perasaan seperti itu atau terangsang, fetish tengok perempuan mengandung... ia sebenarnya bahaya untuk kaum wanita.

“Kumpulan lelaki seperti ini akan mengambil dan menyimpan gambar tersebut untuk tujuan merangsang nafsu mereka,” ujarnya.

Azrul turut berkongsi dua kategori masalah kesihatan mental berkaitan fetish pregnancy.


Gambar Hiasan

1. Preggophiles

Preggophiles adalah kelompok individu terutamanya lelaki terangsang dengan wanita hamil yang mana mereka akan ‘turn on’ apabila melihat perut wanita mengandung yang sedang memboyot atau baby bump.

Menurut kajian analitik yang pernah dilakukan, carian mengenai kandungan video lucah berkaitan ibu hamil telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2014.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan hellodoktor.com, carian pornografi berkaitan kehamilan menerusi laman sesawang lucah Amerika memaparkan 'ibu hamil' adalah carian yang ke-107 paling popular di Amerika.

Pakar terapi seks Amerika, Michael Aaron menerusi buku Modern Sexuality menyatakan, lelaki yang terangsang dengan wanita hamil berpunca daripada proses yang berlaku secara turun-temurun dan didalangi oleh hormon testosteron yang terdapat dalam badan.

2. Maiesiophilia

Maiesiophilia adalah kelainan seksual yang mengakibatkan pengidapnya merasa ghairah ketika melihat ibu hamil dan menjadikan gambar baby bump sebagai alat pemuas seks.

Golongan ini akan mengumpul dan menjadikan koleksi gambar 'perut' untuk berfantasi perkara yang menjijikkan.

Selain melihat gambar, ada juga yang berani memegang perut wanita mengandung demi mendapatkan rangsangan.

Difahamkan, terdapat sebilangannya yang turut gemar melihat ibu hamil menggayakan baju materniti, malah menyifatkannya sebagai seksi.

Jadi berhati-hati para ibu hamil, jangan menjadi 'mangsa' pemuas nafsu! -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 4-11-2022 12:10 PM
Oh dear...
Quote lattehazelnut 4-11-2022 12:16 PM
Bukan benda baru..
Nak2 perempuan xsedar diri badan dah besar bukan nak beli baju maternity clothes..
Tahan lah pkai baju ketat gila mcm balut nangka..
Belom legging lg..
Walaupun cover pkai bju labuh tp nmpak shape gak..
Quote greantea 4-11-2022 12:18 PM
biasanya y suka tayang ni, diorg suka jd perhatian. kisah ape jadi modal ke ape.
Quote takayama 4-11-2022 12:23 PM
betullah tu
bkn aje lelaki dewasa yg suka dan teransang tp bdk2 remaja pun sama juga
diaorg tenung dulu lps tu dtg dekat dan ckp sambil kenyit mata, aishhhhh
Quote CikNano 4-11-2022 01:11 PM
Teringat masa pergi kursus dulu..ada staff mengandung buat presentation pakai baju kebaya ketat & dgn tudung ats dada.. xberkelip staff lelaki pandang dia mcm nak terkam..seram weiii
Quote Cyempaka 4-11-2022 01:35 PM
Dari dulu lg org dok tegur pasal benda ni.. Tp dah derang ni benak + murahan .. Laki plak dayus.. Apa blh buat. Lantak le badan dia
Quote shernazz 4-11-2022 01:46 PM
Kalau perut beso n.baju longgar tak.boleh buat apa.la
Tapi la ni ramai yang sengaja.pakai baju biasa paatu dok pegang perut tu sampai.ke sudah...
Padahal perut tu takde beso mana pung...
Saja nak tunjuk dia pregnant..ada ya org gini..
Quote True-X 4-11-2022 01:56 PM
aku cadangkan... butakan aje mata lelaki2 itu.....

itula yg sewajarnya
Quote mekfazura 5-11-2022 02:18 PM
KADANG DEPA TAYANG BABY BUMP SEBAGAI SIGNAL UTK SCANDAL BOLEH "BUANG DALAM"
Quote FOTHER-MUCKER 5-11-2022 04:14 PM
Sepatutnya kaum wanita kena tegas dan bagi tau ..Itu mereka punya sukalah ..kerana ianya  tiada kena mengena dengan kami.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067681 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top