View: 1417|Reply: 10
|
Jangan Seronok Sangat Tayang Baby Bump, Ramai Lelaki Terangsang Tengok Wanita Hamil
[Copy link]
|
|
Kehamilan adalah tempoh yang sangat bermakna bagi pasangan suami isteri terutama sekali kaum wanita.
Disebabkan itu, kebanyakan wanita hamil teruja berkongsikan berita tentang kandungan di laman sosial, lebih lagi ibu muda yang pertama kali akan menimang cahaya mata.
Kegembiraan itu mendorong mereka kerap memuatnaik gambar aktiviti yang dilakukan seharian dan secara tidak langsung menampakkan baby bump.
Meskipun sekadar untuk berkongsi perkembangan bayi kepada rakan-rakan, namun tindakan memuatnaik gambar sedang hamil sebenarnya mengundang padah!
 Gambar Hiasan
Ini kerana terdapat individu yang gemar melihat perut wanita hamil dan sering menyalahgunakan gambar yang dimuat naik di media sosial itu untuk tujuan keghairahan seksual mereka atau merangsang untuk meningkatkan syahwat.
Menerusi perkongsian Penolong Pegawai Perubatan (MA) Klinik Kesihatan Padang Lebar, Kuala Pilah Negeri Sembilan, Azrul Zubir, individu seumpama itu yang kebanyakannya kaum lelaki dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.
Malah katanya, ia adalah perlakuan yang sangat bahaya dan kaum wanita seharusnya berhati-hati serta perlu mengelakkan diri daripada ‘merangsang’ golongan terbabit.
“Lelaki yang ada perasaan seperti itu atau terangsang, fetish tengok perempuan mengandung... ia sebenarnya bahaya untuk kaum wanita.
“Kumpulan lelaki seperti ini akan mengambil dan menyimpan gambar tersebut untuk tujuan merangsang nafsu mereka,” ujarnya.
Azrul turut berkongsi dua kategori masalah kesihatan mental berkaitan fetish pregnancy.
 Gambar Hiasan
1. Preggophiles
Preggophiles adalah kelompok individu terutamanya lelaki terangsang dengan wanita hamil yang mana mereka akan ‘turn on’ apabila melihat perut wanita mengandung yang sedang memboyot atau baby bump.
Menurut kajian analitik yang pernah dilakukan, carian mengenai kandungan video lucah berkaitan ibu hamil telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2014.
Berdasarkan laporan yang diterbitkan hellodoktor.com, carian pornografi berkaitan kehamilan menerusi laman sesawang lucah Amerika memaparkan 'ibu hamil' adalah carian yang ke-107 paling popular di Amerika.
Pakar terapi seks Amerika, Michael Aaron menerusi buku Modern Sexuality menyatakan, lelaki yang terangsang dengan wanita hamil berpunca daripada proses yang berlaku secara turun-temurun dan didalangi oleh hormon testosteron yang terdapat dalam badan.
2. Maiesiophilia
Maiesiophilia adalah kelainan seksual yang mengakibatkan pengidapnya merasa ghairah ketika melihat ibu hamil dan menjadikan gambar baby bump sebagai alat pemuas seks.
Golongan ini akan mengumpul dan menjadikan koleksi gambar 'perut' untuk berfantasi perkara yang menjijikkan.
Selain melihat gambar, ada juga yang berani memegang perut wanita mengandung demi mendapatkan rangsangan.
Difahamkan, terdapat sebilangannya yang turut gemar melihat ibu hamil menggayakan baju materniti, malah menyifatkannya sebagai seksi.
Jadi berhati-hati para ibu hamil, jangan menjadi 'mangsa' pemuas nafsu! -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan benda baru..
Nak2 perempuan xsedar diri badan dah besar bukan nak beli baju maternity clothes..
Tahan lah pkai baju ketat gila mcm balut nangka..
Belom legging lg..
Walaupun cover pkai bju labuh tp nmpak shape gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya y suka tayang ni, diorg suka jd perhatian. kisah ape jadi modal ke ape. |
|
|
|
|
|
|
|
betullah tu
bkn aje lelaki dewasa yg suka dan teransang tp bdk2 remaja pun sama juga
diaorg tenung dulu lps tu dtg dekat dan ckp sambil kenyit mata, aishhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa pergi kursus dulu..ada staff mengandung buat presentation pakai baju kebaya ketat & dgn tudung ats dada.. xberkelip staff lelaki pandang dia mcm nak terkam..seram weiii |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu lg org dok tegur pasal benda ni.. Tp dah derang ni benak + murahan .. Laki plak dayus.. Apa blh buat. Lantak le badan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perut beso n.baju longgar tak.boleh buat apa.la
Tapi la ni ramai yang sengaja.pakai baju biasa paatu dok pegang perut tu sampai.ke sudah...
Padahal perut tu takde beso mana pung...
Saja nak tunjuk dia pregnant..ada ya org gini.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cadangkan... butakan aje mata lelaki2 itu.....
itula yg sewajarnya |
|
|
|
|
|
|
|
KADANG DEPA TAYANG BABY BUMP SEBAGAI SIGNAL UTK SCANDAL BOLEH "BUANG DALAM" |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya kaum wanita kena tegas dan bagi tau ..Itu mereka punya sukalah ..kerana ianya tiada kena mengena dengan kami. |
|
|
|
|
|
|
| |
|