CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'10 Kali Ganda Rezeki Dia Lepas Ni' - Netizen Puji Usahawan Tak Lokek Kongsi Resepi

4-11-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3011| Komen: 13

Tindakan seorang usahawan mendapat pujian selepas dia berkongsi resepi donatnya.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok @eiraaziera, dia menunjukkan cara-cara buat donat red velvet dari awal hingga akhir. 



TikTok

Menurutnya, untuk masyarakat yang berkemampuan untuk membeli donat yang dijualnya, dia mencadangkan untuk membuat sendiri.

Malah katanya, untuk peniaga yang ingin memulakan perniagaan donat viral, boleh gunakan resepi yang dikongsikannya itu.



Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji tindakan Eira yang tak lokek ilmu, berkongsi resepi donat yang mana turut digunakannya untuk perniagaannya. 

Netizen turut berterima kasih dan mendoakannya sentiasa dimurahkan rezeki.

Netizen juga berkata, selepas melihat resepi yang dikongsinya itu, segelinitir daripada mereka lebih memilih untuk membeli sahaja. Ini kerana pembuatan donat ini menggunakan tenaga yang banyak dan tidak semua mempunyai masa untuk membuatnya.






Sumber: Murai





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 4-11-2022 05:01 PM
Pewarna kena kurang kan dik. Pewarna berlebihan tidak bagus utk kesihatan.
Quote krustykrab 4-11-2022 07:00 PM
Ada stgh org dia share resipi kat medsos lps tu siap tulis sy halalkn resipi ini..aikk dh ko share 1 dunia tgk perlu ke nk tulis halal bagai ni..
Yg tukang komen pun sama gak, "halalkn ye, sy share"
Quote Samerosie 5-11-2022 08:58 AM
Dia ni bukan ke yg body shame lawyer tu kena saman yg kuat mencarut tu ke eira lain?
Quote salbutamol 6-11-2022 12:51 AM
semoga murah rezeki dia sbb share resepi dgn semua org
Quote ladybugz 6-11-2022 07:50 PM
why does she look familiar? mcm dah pernah ada isu je sblm ni?
Quote lemak_masin 7-11-2022 07:48 AM
krustykrab replied at 4-11-2022 07:00 PM
Ada stgh org dia share resipi kat medsos lps tu siap tulis sy halalkn resipi ini..aikk dh ko share 1 ...

Ye aku pun nyampah setiap kali bila baca “mintak halal” & “saya halalkan”  tu.. memang poyo!
Quote whimsicalmusic 7-11-2022 04:19 PM
Samerosie replied at 5-11-2022 08:58 AM
Dia ni bukan ke yg body shame lawyer tu kena saman yg kuat mencarut tu ke eira lain?

Mcm muka dia..
Quote Samerosie 7-11-2022 04:38 PM

Betul memang dia, dah berisi sikit dan nampak tua.
Quote bunnyj3lly 8-11-2022 09:17 AM
Tau dah sapa acik ni. Haha. Dia pernah viral bergaduh maki2 orang siap tunjuk akaun fb n muka anak orang tu. Mulut boleh tahan. Tak silap jadi kes mahkamah
Quote KamikuP 8-11-2022 09:25 AM
OO dia ni yg kene halau dari Melaka kat Restoran 35 asam pedas kepunyaan makcik puaka gigi sebatang tu khuenzz cuolss? Hahahahahaha
Quote makita 8-11-2022 12:33 PM
KamikuP replied at 8-11-2022 09:25 AM
OO dia ni yg kene halau dari Melaka kat Restoran 35 asam pedas kepunyaan makcik puaka gigi sebatang  ...

Dia ni gak kes 'babi kuning' kat pesuruhjayah sumpah tu...dah byr ke saman org tu....gigih mendonat...tebal gak muka dia
Quote ina_na 19-11-2022 01:33 PM
makita replied at 8-11-2022 12:33 PM
Dia ni gak kes 'babi kuning' kat pesuruhjayah sumpah tu...dah byr ke saman org tu....gigih mendona ...

lebih baik dia jual donut dr membabikan org...penat dgr duk memaki hanum org..
Quote anony-mous 20-11-2022 04:42 AM
Resepi betul ke? Entah2 dia jual resepi lain

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062483 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top