CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Syurga Dunia! Dari Tak Tahu Malaysia Wujud, Jejaka Perancis Kagum Ada Pantai Lebih Indah Dari Maldives

3-11-2022 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5232| Komen: 52

Seorang pemuda Perancis memilih Malaysia sebagai destinasi untuk menyambung pengajian dalam bidang kewangan dan ekonomi.

Menurut Valentin Anger, 22, dia perlu berhijrah ke luar negara selama setahun sebagai syarat untuk melengkapkan keseluruhan pengajian yang sedang diikutinya di negara asal.


IG Valentin

Senang disapa Valentin, dia akhirnya terbang ke Malaysia pada penghujung Ogos lalu dan kini sedang menjalani rutin harian sebagai pelajar di Universiti Taylor, Subang Jaya, Selangor.

"Saya baru dua bulan berada di Malaysia. Saya tiba pada penghujung Ogos sebelum memulakan semester pengajian baharu di sini.


"Saya akan meninggalkan Malaysia pada Disember sebelum meneroka beberapa negara Asia lain dan kembali ke Perancis pada pertengahan tahun depan.

"Saya sepatutnya menyambung pengajian di Malaysia dua tahun lepas, tapi tak dapat meneruskannya kerana pandemik Covid-19 sedang melanda," ujarnya.


IG Valentin

Menurut Valentin, dia sebelum ini tidak pernah tahu mengenai kewujudan Malaysia.

Namun, dia mula tahu mengenai negara ini selepas melihat nama Malaysia tersenarai dalam salah satu negara yang boleh dipilihnya untuk menyambung pengajian.

Biarpun sibuk dengan tugasan akademik, Valentin yang juga anak kedua daripada tiga beradik tidak melepaskan peluang untuk meneroka pelbagai tarikan di Malaysia.

Menurut Valentin, keindahan panorama dan budaya di Malaysia menjadikan negara ini destinasi yang sempurna buatnya memandangkan dia juga merupakan seorang jurufoto pelancongan.


IG Valentin

"Saya minat bidang fotografi sejak zaman sekolah. Kebetulan ayah saya juga ada kamera. Pada waktu itu, saya mula ambil gambar kawan-kawan dan gambar ketika percutian.

"Awalnya saya buat sekadar suka-suka. Tapi saya mula melakukannya dengan serius dua tahun lepas. Saya datang ke sini membawa kamera dan dron.

"Saya suka kepelbagaian landskap di Malaysia. Ada pulau, gunung, hutan, sungai dan sebagainya. Sebagai jurufoto pelancongan, saya suka negara yang mudah untuk melancong.

"Selain Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, saya juga sudah melawat Pulau Langkawi (Kedah), Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Semporna (Sabah). Perancangan selepas ini saya nak ke Melaka, Sarawak, Singapura dan Vietnam.

"Seronok tangkap gambar di Malaysia. Air lautnya jernih macam kristal, ibarat syurga dunia. Saya memang gembira berada di negara ini," ujarnya yang gemar menikmati roti canai, nasi lemak dan mi goreng.

Dalam pada itu, Valentin juga banyak berkongsi hasil karya dalam bentuk video dan foto menerusi Instagram serta TikTok sehingga dia meraih ramai pengikut baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kata pemuda itu, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima, sekali gus membuatkan dia tidak begitu sedih apabila perlu berjauhan dengan keluarganya di Perancis.



"Malaysia sangat sempurna bagi saya. Layanan orang Malaysa sangat baik. Ramai yang memberikan sokongan dan seronok lihat pelancong seperti saya meneroka negara ini.

"Saya seronok dapat belajar di sini walaupun tak lama. Ramai orang baik, makanan pun sedap, nak bercuti pun mudah. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan menerusi media sosial.

"Sokongan anda memberikan semangat untuk saya terus berkarya. Ia juga memberi motivasi kepada saya, sekali gus mengurangkan perasaan rindu pada negara asal. Saya tak rindu sangat walaupun jauh dari Perancis," ujarnya berseloroh.


Sumber: mStar







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-11-2022 11:55 PM
Iols pula suka southern france.


Quote bintangct 4-11-2022 12:53 AM
aritu si alvin GC tu ada intebiu dia ni kan
Quote Page88 4-11-2022 02:03 AM
Hhhmmm....
Quote I.K.A888990 4-11-2022 02:03 AM
ok la dik terima kasih la
Quote LadyCarefree 4-11-2022 03:02 AM
Mat salleh senang meletop kt msia. Nak cari makan kat sini pun mudah.
Quote faraway1 4-11-2022 05:07 AM
Ok parfait
Quote ninja boy 4-11-2022 06:26 AM
Intv omputeh kunun, intv lah bangla nepal lagi kagum2 system air bersih elec jlnraya mknn
Quote mizzmimi 4-11-2022 06:56 AM
Anger Valentin.. gitu nama ko nok.. takut mak
Quote pittjie 4-11-2022 07:07 AM
Datang sini baru 2 bulan lebih .. nak study .. tapi dah merata tmpt kau pergi cuti2.
Quote cmf_premierleag 4-11-2022 07:10 AM
Motif bodoh smpi x tahu msia wujud dlm peta dunia??
Quote bungarose 4-11-2022 07:13 AM
Knaper kementerian pelancongan takder yang bijak2 buat fotografi atau video cantik macam valentin nih
Budget berjuta2 buat haper ekk
Quote Thunderclouds 4-11-2022 07:36 AM
Rasa 1 duniya blajaq subjek geography kt sekolah..toksah la purcaya bolat2
Quote Minami2013 4-11-2022 07:45 AM
Org malaysia ni cepat kagum ngan org putih yg puji2 malaysia. Ramai la depa ni jadi content creator sbb follower naik mencanak.
Quote SedihPedih 4-11-2022 07:47 AM
bintangct replied at 4-11-2022 12:53 AM
aritu si alvin GC tu ada intebiu dia ni kan

haritu i tgk si alvin ni senang tahan kereta utk tumpang nk ke cameron highland.

last weekend i ada kursus team building, we ols tersalah amik jalan end up kena hike jauh. kesian kt sorang team mate yg sakit lutut, we ols try nk tahan kereta kasi dia naik, grab nk book pun x dpt2 masa tu. Nan adooo ok, takde sapa berhenti. terus i menyampah ngan org malaysieeeeee..haha

kalau pelancong kokesen kemain ya korang..
Quote Belibis 4-11-2022 07:49 AM
pittjie replied at 4-11-2022 07:07 AM
Datang sini baru 2 bulan lebih .. nak study .. tapi dah merata tmpt kau pergi cuti2.

Mossad..fbi..cia..kgb???
Quote stingergrumpy 4-11-2022 07:56 AM
cmf_premierleag replied at 4-11-2022 07:10 AM
Motif bodoh smpi x tahu msia wujud dlm peta dunia??

Kheunz?this chap.must be one in a tens of millions of the world's population.......kerana sejak kes 1yimdb....malaysia dah berada di carta top 10 dalam konteks negara yg paling dikenali penduduk seluruh dunia...

And of course for all the wrong reasons.....what else...
Quote Atata 4-11-2022 08:03 AM
Kan. Sengaja ja nak pemes cara mudah
Quote glump 4-11-2022 08:30 AM
Ada trainer I orng Poland ..asal weekend dia pi pulau perhentian n makan ikan . Tempat dia payanh dapat
Quote prince_marhaen 4-11-2022 08:38 AM
"...Ramai yang memberikan sokongan dan seronok lihat pelancong seperti saya meneroka negara ini."
sebab kau omputeh je nokkk....asal muka kokesyen, masing-masing menggeluppor nak bagi layanan terbaik untuk kau walaupun kau whoareyusss kat negara sendiri... aku cukup heran dengan orang malaysia yang beriya menggelupor kalau ada omputeh datang sini...pastu pandang penuh kagum..walhal diorang datang sebab sini murah belanja je, currency diorang besar, silap-silap pandai kecek dapat free sajaaa...kena kat orang sendiri siap viral mintak diskaun..kena kutuk B40 lagi

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.177780 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top