Pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan permasalahan antara Awesome TV dan beberapa produser berhubung kegagalan syarikat penyiaran itu melunaskan bayaran projek penerbitan kepada pekerja-pekerja seni.
Pengerusi agensi itu Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, satu perjumpaan bersama wakil Awesome TV akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah berkenaan. “Kami akan cuba mengaturkan pertemuan dengan Awesome TV dan berbincang secara realistik. Kita cuba cari titik penyelesaian terbaik menerusi perbincangan yang sihat serta dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya kepada mStar. Zurainah ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa orang produser di Kompleks Finas, Hulu Klang pada Khamis bagi mencari jalan penyelesaian selepas produk mereka yang disiarkan stesen televisyen itu tidak dibayar. Pertemuan itu turut disertai Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang diwakili Timbalan Presidennya, Datuk A. Aida yang juga penerbit A. Aida Productions dan Ahli Perbadanan Finas. Tambah Zurinah pihaknya akan memastikan ada tarikh penyelesaian antara kedua-dua bagi menamatkan permasalahan ini. “Selepas ini kami akan cuba mengaturkan pertemuan dengan Awesome TV dan berbincang secara realistik. “Kita cuba cari titik penyelesaian terbaik menerusi perbincangan yang sihat serta dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya. Sementara itu A. Aida mendedahkan hampir 10 orang penerbit tampil mengadu nasib mereka dan tidak mustahil mungkin ada lebih daripada itu yang mengalami nasib serupa. Malah ada juga penerbit yang mahu mengambil tindakan undang-undang namun dinasihati tidak berbuat demikian. “Kalau boleh pihak Awesome TV patuhilah kontrak yang telah ditetapkan. Janganlah menyusahkan mana-mana pihak dalam urusan kerja. “Ada penerbit drama yang mahu buat laporan polis, namun saya kata supaya sabar dahulu dan serahkan kepada Finas untuk selesaikan,” jelasnya. Dalam pada itu Datuk Rafiena dari Dark Wave Pictures Sdn Bhd mendedahkan stesen terbabit masih belum menjelaskan baki tunggakan 80 peratus bayaran untuk projek drama 18 episod syarikatnya. Sebagai seorang penerbit, Rafiena menganggap masalah sebegini boleh menggangu kelancaran urusan perniagaan jika apa-apa tindakan tidak dilakukan. “Memanglah setakat ini masih belum ganggu urusan perniagaan, tetapi kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Kalau masalah ini berlarutan ia mungkin akan beri kesan kepada kami. “Apabila ada isu duit begini, saya sendiri segan untuk minta. Tetapi kalau sudah terlalu lama, perlulah ada satu tindakan untuk selesaikan semua masalah,” luahnya. Manakala Fadzil Teh dari Zeel Production pula tidak mempunyai masalah untuk terus bekerjasama dengan Awesome TV walaupun berdepan masalah sama. “Saya tiada masalah untuk bekerja dengan mana-mana pihak sekalipun. Cuma jika terdapat hal sebegini diharapkan ada jalan penyelesaian. Kalau boleh bayaran haruslah ikut kontrak yang ditetapkan,” katanya. Produser lain yang hadir ialah Datuk Ayu Puteh (Pencil Pictures) dan Jaja Ishak (Kembara Sufi Sdn Bhd). Isu lewat pembayaran ini timbul selepas A. Aida mendedahkan kemelut yang berlaku dalam kalangan penerbit bersama Awesome sejak dua tahun lalu. A.Aida membuat pendedahan itu sebagai membidas cadangan Ketua Pegawai Eksekutif stesen televisyen itu, Datuk Adam Ilyas yang meminta Finas mengambil tindakan terhadapnya selepas dia membuat kenyataan memilih pelakon berdasarkan paras rupa. -CARI Sumber: mStar Online
|
krustykrab replied at 3-11-2022 11:43 PM
Apesal 3 org tu mcm muka fake n scary je
sharlenetexas replied at 3-11-2022 11:17 PM
Gambar atas sekali tu kamera tak mampu menipu.
dudaberhias replied at 3-11-2022 10:59 PM
tak sesia kaka side nek aida...
btw abang ipar pelakon tu cuma pengarah ke apa tah... stesyen tv ni ...
ADVERTISEMENT