CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Dan Isteri Hamil Sempat Joli RM180,000 Sebelum Dicekup Mencuri Di Gudang Seberang Perai

3-11-2022 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2255| Komen: 18

SEBERANG PERAI – Tiga sekeluarga termasuk dua beradik warga tempatan dipercayai sempat membelanjakan lebih separuh daripada wang berjumlah RM180,000 yang dicuri dari sebuah gudang alat permainan di sini kira-kira tiga bulan lalu.


Bagaimanapun, usaha mereka untuk memecah masuk ke gudang yang sama buat kali kedua bulan lalu mengundang padah apabila kegiatan itu berjaya dikesan pemilik gudang tersebut.

Kejadian berlaku apabila pemilik gudang berkenaan yang juga pengadu dikatakan gagal mengakses rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di situ menerusi telefon pintar sebelum terus ke gudang berkenaan untuk memeriksa apa yang berlaku.


Foto: Kosmo


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, selepas mengesyaki pejabat di gudang tersebut dipecah masuk buat kali kedua, satu laporan polis dibuat kira-kira pukul 12.22 pagi pada 24 Oktober lalu.

Menurutnya, susulan laporan itu polis berjaya menahan dua daripada suspek berkenaan iaitu dua beradik yang masing-masing berusia 30 dan 25 tahun di sebuah rumah beberapa hari kemudian dan merampas barangan termasuk pakaian, pedang samurai, beg silang, telefon bimbit, pemutar skru dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

Beritahu beliau, seorang lagi suspek iaitu isteri kepada suspek utama yang kini sedang mengandung lapan bulan turut ditahan tidak lama selepas itu bagi membantu siasatan.

“Polis juga berjaya merampas beberapa barang yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diperoleh hasil daripada pecah gudang itu termasuk sebuah kereta jenis Honda Civic, dua buah motosikal masing-masing jenis Yamaha Y15ZR dan Honda Vario, empat buah telefon bimbit, satu set bilik tidur dan dua buah mesin basuh.

“Turut dirampas adalah tiga bentuk cincin, dua utas rantai tangan, seutas jam tangan pintar serta 12 helai resit pembelian serta resit gadaian emas,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Cheng San berkata, suspek utama iaitu si abang mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan pecah rumah dan pecah masuk beberapa bangunan lain manakala adiknya pula memiliki lima rekod yang sama termasuk berkaitan dadah.

“Polis percaya, penangkapan dua beradik ini termasuk isteri suspek utama berjaya menyelesaikan dua kes aduan membabitkan kejadian pecah gudang dan kedai di sekitar Seberang Perai Tengah pada Julai dan Oktober lalu.

Tambah beliau, kesemua suspek kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 3-11-2022 05:32 PM
Nokharomms mana pulak ni mencuriii adik beradik laki bini  dgn tgh mengandongg bagaiii. Bangsatttt betullll seko2, yg abang tunjuk contoh buruk kat adik yg baru 25 tahun, yg bini tgh mengandungg pun support benda2 jahat gini.
Quote mehmet 3-11-2022 05:53 PM
Padan muka. Tamak. Joli sakan dapat duit cara haram.

Bini bingai jenis nak short cut kaya. Mendapatlah.
Quote mehmet 3-11-2022 05:54 PM
Honda juga mahu beli. Ini set² Tak nak kalah mulut puaka.
Quote green~tea 3-11-2022 05:55 PM
180k???? Scammer acik forum pun ade meraih amount tu oiiiiii.. pakej pedajal OKU eksiden patah pinggang...
Quote dudaberhias 3-11-2022 06:11 PM
orang tamak tidak akan menang... cash... padan muka...
Quote immi 3-11-2022 07:04 PM
Orenn1 replied at 3-11-2022 05:32 PM
Nokharomms mana pulak ni mencuriii adik beradik laki bini  dgn tgh mengandongg bagaiii. Bangsatttt b ...

Bersekali bwk ank dlm kandungan tu membuat kejahatan
Quote Orenn1 3-11-2022 07:08 PM
immi replied at 3-11-2022 11:04 AM
Bersekali bwk ank dlm kandungan tu membuat kejahatan

Itulah teruk betul family ni, bodoh n jahattt
Quote Rapz 3-11-2022 07:17 PM
Sekali buat terlepas msk dua kali mesti la kna cekup,adeyyyy!
Quote allshares 3-11-2022 07:17 PM
Gitu la duit harommm mudah2 dpt mmg laju habis yer. Maklum la sekali sauk dpt 180k.
Quote Radzor 3-11-2022 08:10 PM
Bini dia bantu siasatan je
Quote she 3-11-2022 08:44 PM
Banyaknye 180k
Boleh buat beli tiket first class
Alang2 tak boleh disita
Quote rosedemon 4-11-2022 10:15 AM
anak blom kuar da makan duit haram
Quote Rdizz 4-11-2022 10:20 AM
Sampah masyarakat, elok le kurung lama2 biar mati dlm penjara, menyusahkan org.
Quote sambaldurian 4-11-2022 01:08 PM
Sbb 1st time dh berjaya curi, tu cuba 2nd time tmpat yg sama tu. Mungkin 1st time dulu owner 'kedekut' sistem keselamatan x canggih lg. Ni aku  rs suspek pnh g situ. Intai2 dulu, kwn ngan staff sana ke.
Quote shernazz 4-11-2022 01:48 PM
green~tea replied at 3-11-2022 05:55 PM
180k???? Scammer acik forum pun ade meraih amount tu oiiiiii.. pakej pedajal OKU eksiden patah pingg ...

Well...
Balasan tu cepat atau lambat aje
Quote green~tea 4-11-2022 03:07 PM
shernazz replied at 4-11-2022 01:48 PM
Well...
Balasan tu cepat atau lambat aje

Aaamiiin... ya Rabbal Aalamiin....
Quote namieamuro 4-11-2022 03:11 PM
Beli H. Sampai tol rapat kemain dgn kete depan semate elak bayar tol. Dasyat dedua adek bradek ade rekod jenayah dgn dadah. To aman bebas kt luar lps tu ulang balik buat jenayah yg same
Quote sangbara2020 4-11-2022 04:02 PM
kalau menagih dadah nih
bg selautan duit pun xxcukup
lain le menagih dade

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046954 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top