View: 1860|Reply: 18
|
Dua Beradik Dan Isteri Hamil Sempat Joli RM180,000 Sebelum Dicekup Mencuri Di Gudang Seberang Perai
[Copy link]
|
|
SEBERANG PERAI – Tiga sekeluarga termasuk dua beradik warga tempatan dipercayai sempat membelanjakan lebih separuh daripada wang berjumlah RM180,000 yang dicuri dari sebuah gudang alat permainan di sini kira-kira tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, usaha mereka untuk memecah masuk ke gudang yang sama buat kali kedua bulan lalu mengundang padah apabila kegiatan itu berjaya dikesan pemilik gudang tersebut.
Kejadian berlaku apabila pemilik gudang berkenaan yang juga pengadu dikatakan gagal mengakses rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di situ menerusi telefon pintar sebelum terus ke gudang berkenaan untuk memeriksa apa yang berlaku.
 Foto: Kosmo
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, selepas mengesyaki pejabat di gudang tersebut dipecah masuk buat kali kedua, satu laporan polis dibuat kira-kira pukul 12.22 pagi pada 24 Oktober lalu.
Menurutnya, susulan laporan itu polis berjaya menahan dua daripada suspek berkenaan iaitu dua beradik yang masing-masing berusia 30 dan 25 tahun di sebuah rumah beberapa hari kemudian dan merampas barangan termasuk pakaian, pedang samurai, beg silang, telefon bimbit, pemutar skru dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.
Beritahu beliau, seorang lagi suspek iaitu isteri kepada suspek utama yang kini sedang mengandung lapan bulan turut ditahan tidak lama selepas itu bagi membantu siasatan.
“Polis juga berjaya merampas beberapa barang yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diperoleh hasil daripada pecah gudang itu termasuk sebuah kereta jenis Honda Civic, dua buah motosikal masing-masing jenis Yamaha Y15ZR dan Honda Vario, empat buah telefon bimbit, satu set bilik tidur dan dua buah mesin basuh.
“Turut dirampas adalah tiga bentuk cincin, dua utas rantai tangan, seutas jam tangan pintar serta 12 helai resit pembelian serta resit gadaian emas,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Cheng San berkata, suspek utama iaitu si abang mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan pecah rumah dan pecah masuk beberapa bangunan lain manakala adiknya pula memiliki lima rekod yang sama termasuk berkaitan dadah.
“Polis percaya, penangkapan dua beradik ini termasuk isteri suspek utama berjaya menyelesaikan dua kes aduan membabitkan kejadian pecah gudang dan kedai di sekitar Seberang Perai Tengah pada Julai dan Oktober lalu.
Tambah beliau, kesemua suspek kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Nokharomms mana pulak ni mencuriii adik beradik laki bini dgn tgh mengandongg bagaiii. Bangsatttt betullll seko2, yg abang tunjuk contoh buruk kat adik yg baru 25 tahun, yg bini tgh mengandungg pun support benda2 jahat gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. Tamak. Joli sakan dapat duit cara haram.
Bini bingai jenis nak short cut kaya. Mendapatlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Honda juga mahu beli. Ini set² Tak nak kalah mulut puaka. |
|
|
|
|
|
|
|
180k???? Scammer acik forum pun ade meraih amount tu oiiiiii.. pakej pedajal OKU eksiden patah pinggang... |
|
|
|
|
|
|
|
orang tamak tidak akan menang... cash... padan muka... |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 3-11-2022 05:32 PM
Nokharomms mana pulak ni mencuriii adik beradik laki bini dgn tgh mengandongg bagaiii. Bangsatttt b ...
Bersekali bwk ank dlm kandungan tu membuat kejahatan |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah teruk betul family ni, bodoh n jahattt
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali buat terlepas msk dua kali mesti la kna cekup,adeyyyy! |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu la duit harommm mudah2 dpt mmg laju habis yer. Maklum la sekali sauk dpt 180k. |
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia bantu siasatan je |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknye 180k
Boleh buat beli tiket first class
Alang2 tak boleh disita |
|
|
|
|
|
|
|
anak blom kuar da makan duit haram |
|
|
|
|
|
|
|
Sampah masyarakat, elok le kurung lama2 biar mati dlm penjara, menyusahkan org. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb 1st time dh berjaya curi, tu cuba 2nd time tmpat yg sama tu. Mungkin 1st time dulu owner 'kedekut' sistem keselamatan x canggih lg. Ni aku rs suspek pnh g situ. Intai2 dulu, kwn ngan staff sana ke. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 3-11-2022 05:55 PM
180k???? Scammer acik forum pun ade meraih amount tu oiiiiii.. pakej pedajal OKU eksiden patah pingg ...
Well...
Balasan tu cepat atau lambat aje
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 4-11-2022 01:48 PM
Well...
Balasan tu cepat atau lambat aje
Aaamiiin... ya Rabbal Aalamiin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Beli H. Sampai tol rapat kemain dgn kete depan semate elak bayar tol. Dasyat dedua adek bradek ade rekod jenayah dgn dadah. To aman bebas kt luar lps tu ulang balik buat jenayah yg same |
|
|
|
|
|
|
|
kalau menagih dadah nih
bg selautan duit pun xxcukup
lain le menagih dade |
|
|
|
|
|
|
| |
|