Sebuah keluarga dikejutkan dengan bil berjumlah 7,000 Euro (RM32,000) selepas anjing peliharaan mereka melalui pembedahan kritikal.
Daily Star melaporkan, pembedahan di klinik veterinar itu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa anjing tersebut yang tertelan batu. Segalanya bermula apabila anjing berbaka Weimaraner yang diberikan nama Milo itu muntah darah. Pemilik Milo yang kerisauan segera membawa Milo ke hospital di mana veterinar mengesyaki dia telah memakan benda yang tidak sepatutnya.
Anjing berumur empat tahun yang sememangnya lincah itu telah mengunyah stokin dan ketika melalui imbasan, seketul batu dikesan pada bahagian usus bawah. Pemilik Milo, Owner Shannon berkata, haiwan peliharaannya perlu menjalani pembedahan sebanyak dua kali dan mereka sedia maklum tentang jumlah kos yang diperlukan. "Mereka memberikan saya pilihan sama ada membawa Milo pulang dengan ubat tahan sakit atau biarkan dia di klinik di bawah pemerhatian. "Sudah tentu kami pilih untuk tinggalkan Milo kerana kami nak tahu apa yang terjadi dengan Milo. "Malam itu kami menerima panggilan telefon mengatakan dia memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan batu yang ditelan," katanya. Shannon berkata Milo sedang berada dalam keadaan baik tetapi enggan berehat kerana sentiasa mahu bermain. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT