SEOUL – Sebilangan individu yang terselamat dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan mendakwa bahawa seorang lelaki memakai kostum ‘telinga arnab’ dan beberapa rakannya bertanggungjawab memulakan aksi tolak-menolak sehingga membuatkan orang ramai jatuh, lapor laman berita Thaiger.
Seorang pengunjung menerusi hantaran di laman media sosial berkata, seorang lelaki berumur sekitar 20-an berdiri di belakangnya dan menjerit: “Tolak! Tolak!” Lelaki tersebut kemudian menolak individu berkenaan yang menyebabkan dia jatuh di atas jalan. Dakwaan tersebut turut disokong beberapa pengunjung lain yang menyatakan bahawa lelaki memakai kostum telinga arnab dan sekumpulan individu yang terdiri daripada lima hingga enam lelaki menolak orang lain dengan sengaja.
Susulan dakwaan-dakwaan tersebut, pegawai berkata, pihak berkuasa kini sedang memeriksa 52 kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian serta menyiasat video-video yang dikongsikan di media sosial selain menyoal saksi dan mangsa sebelum menentukan punca kejadian. Seramai 156 mangsa disahkan meninggal dunia setakat kelmarin dalam insiden rempuhan ketika sambutan Halloween pada Sabtu malam lalu. Agensi berita Yonhap berkata, sekurang-kurangnya 29 mangsa lagi berada dalam keadaan serius. Punca kejadian sehingga kini masih tidak dapat dipastikan dengan beberapa laporan media tempatan mendakwa insiden itu berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu menuju ke sebuah bar yang dihadiri oleh seorang selebriti terkenal. Sebilangan pihak menyalahkan pihak polis kerana hanya 137 anggota dikerah untuk mengawasi sambutan tersebut yang dilaporkan dihadiri oleh hampir 100,000 orang. – CARI Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?
Nham22 replied at 3-11-2022 01:37 PM
Depa pon asian juaa... Depa tgk nusantara ni mcm bangla yea betol..hahaha... kaki buli pon ...
syamzana replied at 3-11-2022 02:03 PM
kalau la itu puncanya mmg jahanam la peel telinga arnab tu. ke bangga sbb dia beratus org mati. tp d ...
pooh~key replied at 3-11-2022 05:36 AM
Korea tu european ke sister?
akuMNdia replied at 3-11-2022 05:34 AM
kawan aku kata diorg sombong jauh beza dgn org jepun.
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?
ADVERTISEMENT