CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3337|Reply: 30

"Tolak,Tolak!"-Lelaki Bertelinga Arnab Didakwa Mulakan Insiden Rempuhan Itaewon

[Copy link]
Post time 3-11-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode
SEOUL – Sebilangan individu yang terselamat dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan mendakwa bahawa seorang lelaki memakai kostum ‘telinga arnab’ dan beberapa rakannya bertanggungjawab memulakan aksi tolak-menolak sehingga membuatkan orang ramai jatuh, lapor laman berita Thaiger.


Seorang pengunjung menerusi hantaran di laman media sosial berkata, seorang lelaki berumur sekitar 20-an berdiri di belakangnya dan menjerit: “Tolak! Tolak!”


Lelaki tersebut kemudian menolak individu berkenaan yang menyebabkan dia jatuh di atas jalan.




Foto: Chosun




Dakwaan tersebut turut disokong beberapa pengunjung lain yang menyatakan bahawa lelaki memakai kostum telinga arnab dan sekumpulan individu yang terdiri daripada lima hingga enam lelaki menolak orang lain dengan sengaja.


Susulan dakwaan-dakwaan tersebut, pegawai berkata, pihak berkuasa kini sedang memeriksa 52 kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian serta menyiasat video-video yang dikongsikan di media sosial selain menyoal saksi dan mangsa sebelum menentukan punca kejadian.


Seramai 156 mangsa disahkan meninggal dunia setakat kelmarin dalam insiden rempuhan ketika sambutan Halloween pada Sabtu malam lalu.


Agensi berita Yonhap berkata, sekurang-kurangnya 29 mangsa lagi berada dalam keadaan serius.


Punca kejadian sehingga kini masih tidak dapat dipastikan dengan beberapa laporan media tempatan mendakwa insiden itu berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu menuju ke sebuah bar yang dihadiri oleh seorang selebriti terkenal.


Sebilangan pihak menyalahkan pihak polis kerana hanya 137 anggota dikerah untuk mengawasi sambutan tersebut yang dilaporkan dihadiri oleh hampir 100,000 orang. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 12:00 PM | Show all posts
kalau aku berenti kat stesen itaewon tu, org punya padat smpi jln pon x nmpk, konfem cancel plan.. xde ruang langsung depan dan belakang, kiri dan kanan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:00 PM | Show all posts
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok mendela himpit2 gini. Tapaham iols
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nampak ramai2 cenggitu, deme tak rasa sesak napas ka??
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:34 PM | Show all posts
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?

kawan aku kata diorg sombong jauh beza dgn org jepun.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?

Korea tu european ke sister?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?

Depa pon asian juaa... Depa tgk nusantara ni mcm bangla yea betol..hahaha... kaki buli pon yea...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 01:39 PM | Show all posts
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?

ye kaka tapi takde la seteruk kita anggap... orang jepun, orang puteh pun pandang dekat kita macamni...
tapi takde la teruk sampai tahap kita pandang bangla/rohingya sampai boleh jadi meme, jokes among masyarakat...

kira kita pandang rohingya dan bangla tu lagi teruk...

cumanya so far paling teruk pandang bangsa2 lain ni orang arab
theyols anggap theyols je tinggi melangit
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:53 PM | Show all posts
orang jepun jenis kutuk belakang sebab tu kalau pelancong ke sana nampak baik2 je. keje company jepun or study sana tau la peel diorang ni. bercakap benar bila mabuk je. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:02 PM | Show all posts
korean dgn tourist bolehla baik lagi2 kalau kite tunjuk pandai skit bahasa dia tp kalau dgn foreigner yg keje dan menetap kt sane mmg dipandang jelek kecuali ko keje besar bwk kete besar ha gitu.. dlu slumber pakcik kt busan suruh iols bukak tudung sini xpe katanya eh sesuka je dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau la itu puncanya mmg jahanam la peel telinga arnab tu. ke bangga sbb dia beratus org mati. tp depa pun dah tau serupa sardin still gigih join the crowd. bodo pun ada, sendiri cari pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg korang gigih sgt nk berpusu2 tu knp? If tpt sempit dan crowded boleh fikir la nk join ke tak... Sendiri yg pilih nk join, pastu salahkan org lain..benda boleh elak kot... Ni la dia cth rakyat yg kekunun advanced tp otak letak kt lutut...korean ni dah kena start pikir sayangi diri sendiri dan tak perlu buat benda2 menyakiti diri sendiri... Puja retis serupa cam tuhan, buli cyber lagi..benda2 ni perlu direntikan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?

Kita tgk bangla ok lagi rasanya…org kita ni budi bahasa empati tu ada…sbb tu ramai je org luar sibuk nak duduk malaysia ni…gomen kita je mcm hampesss
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 3-11-2022 01:37 PM
Depa pon asian juaa... Depa tgk nusantara ni mcm bangla yea betol..hahaha... kaki buli pon  ...

SG rasa SK ni cara upringing sejarah dia tu yg membuatkan rakyat dia perangai mcm tu

Depa perang dgn NK lama, campur tangan us lagi, pressure nak maju cepat lagi…so membuatkan tpaksa jadi selfish n self centered
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 3-11-2022 02:03 PM
kalau la itu puncanya mmg jahanam la peel telinga arnab tu. ke bangga sbb dia beratus org mati. tp d ...

Diharap telinga arnab tu innalillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 02:18 PM | Show all posts
pooh~key replied at 3-11-2022 05:36 AM
Korea tu european ke sister?

Yaa amporn cyst pooh-key,
maksud meollss kita yhg Nusantara ni... ekekeke
Korea pun Asian juga...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:19 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 3-11-2022 05:34 AM
kawan aku kata diorg sombong jauh beza dgn org jepun.

Org M'sia je yg dok agung agongkan depa ni sgt khuenzz...
ntahapahapntah kpoop idols neyh (habisla meolls kene hencap dgna kpoopie fans)
ada aku kesahhh... ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:42 PM | Show all posts
Rakyat korea sendiri pun tekejut tgk yg ramai2 tu takdak empati kat org yg separuh mati .. pastu ramai blame autorities tak habis2.

Hantar polis 1 negara pun tak cukup dah hg yg gedik nak p bejimba kan.

Bideo polis yg tgh crowd jerit2 suruh blah dari situ siap muka nak nangis dah. org tgk ja tak polis tu sekali nahh kauu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:45 PM | Show all posts
KamikuP replied at 3-11-2022 01:00 PM
Betul ke org Korea ni lack of empathy?Depa tengok org Asian ni mcm kita tengok Bangla?

betul...not only korean, but Chinese and Japanese too...tetapi, Koreans, Chinese and Japanese kuat berperang sesama sendiri sebab ego dan nak menunjuk kekuatan masing2...Chinese tak berani kacau Japanese and South Koreans sebab ada American army bases di kedua-dua negara...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058249 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list