CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Uncle Kentang Tawar Diri Tanding Di Puchong Sebagai Calon Bebas

2-11-2022 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1673| Komen: 16

Selepas tewas percubaan pertama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tiga tahun lalu, Uncle Kentang sekali lagi menawarkan diri sebagai calon bebas di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya, Kuan Chee Heng berkata, pengundi di kawasan tersebut harus mempunyai seorang wakil yang mampu membawa suara sebenar rakyat ke Parlimen.

“Saya menawarkan suara alternatif bagi rakyat Puchong. Saya dengan rendah diri menawarkan diri sebagai calon bebas di P103 Parlimen Puchong. Biar rakyat Puchong mendapat suara yang sebenarnya.


IG

“Orang Puchong mempunyai pilihan alternatif. Satu suara yang boleh betul-betul mewakili kamu semua, orang tempatan, mudah jumpa di mana-mana di Puchong, mesra dan senang mendapat bantuan. Nak ‘sign’ borang, pejabat dekat Puchong Utama sahaja.

Bukan calon dari luar, (saya) anak penoreh getah, faham masalah rakyat. Bersama rakyat sentiasa, mudah dihubungi dan nombor telefon dipaparkan setiap hari,” katanya.

Tambah Chee Heng, beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru selama 14 tahun dan lebih memahami keselamatan serta keperluan masyarakat.

Chee Heng yang juga merupakan aktivis kemasyarakatan turut menyenaraikan contoh-contoh bantuan yang pernah disalurkan olehnya kepada mereka yang memerlukan.

“Saya bukan ahli politik tetapi seorang rakyat yang biasa-biasa yang memahami bila Makcik Kiah tak ada duit bayar bas sekolah anak, bila Makcik Kiah tak ada duit bayar bil elektrik, bila makcik Kiah perlu ambulans, bila Makcik Kiah perlu katil hospital, bila makcik Kiah sedih melihat anak tak makan.

“Bila Auntie Lucy tak ada duit naik teksi ke hospital, bila Auntie Chan Moi yang miskin tak mampu ke hospital naik Grab, bila Murugan sakit diabetik dan potong kaki tak ada kaki palsu, saya ada,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chee Heng memaklumkan, beliau memerlukan ramai petugas sukarelawan untuk hadir ketika proses penamaan calon di Dewan Puchong Indah pada Sabtu ini.

“Untuk kerja sukarelawan, saya perlu sukarelawan yang ramai untuk hadir bersama semasa pencalonan nama di Dewan Puchong Indah. Mari lah kita bawa sepanduk suara rakyat yang benar-benar mewakili rakyat,” katanya.

Parlimen Puchong merupakan kubu kuat DAP yang ditandingi Gobind Singh Deo sejak tiga penggal yang lalu pada 2008.

Pada PRU-14, Gobind menang dengan majoriti 47,635 undi menewaskan Ang Chin Tat (BN-MCA) yang mendapat 12,794 undi dan Mohamad Rosharizan (Pas) dengan 10,255 undi.

Bagaimanapun, DAP melakukan perubahan dengan meletakkan penyandang kerusi Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mewakili Pakatan Harapan pada PRU15 di Parlimen Puchong menggantikan Gobind yang akan bertukar ke Parlimen Damansara.

Manakala Barisan Nasional pula mempertaruhkan Presiden Parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader sebagai calon dan Chew Jyh Gang mewakili Perikatan Nasional.  


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 2-11-2022 11:50 PM
Ah sudahlah kau! Sekadar nak publisiti saja ni. Tujuannya supaya derma  banyak masuk kantung. Dah dengar2 dia  ni pun ada isu pengurusan sumbangan awam. Orang miskin nak pakai ambulans dia caj harga mahal. Patutnya bagj free la pasal dana tu dana para penyumbang. Ni buat macam bisnes dia pulak
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 11:53 PM
Gila kentang, asereje, leher, sakit leher



[youtube]AMT698ArSfQ[/youtube]
Quote DeLuna85 3-11-2022 12:20 AM
Apa garis panduan nak jadi calon ni. Pelik2 je la
Quote mawardia 3-11-2022 12:25 AM
Kentang anak wayang
Quote tobobon 3-11-2022 01:02 AM
Actually..bantu rakyat ala2 yang uncle kentang ckp ni not the main job of ahli parlimen..itu dah jadi no 2..tugas utama berdebat utk rakyat dlm parlimen..kalau senyap jer..baik x payah jadi ahli parlimen..dokla buat keja bantu org mcm skrg
Quote makadek 3-11-2022 01:08 AM
Scamer kencing
Quote Sazreena 3-11-2022 02:38 AM
Bertanding demi kelangsungan hidup..
Quote JIGON 3-11-2022 03:27 AM
Kantoi dah uncle kentang scam duit derma...????
Quote Acikgomen 3-11-2022 06:34 AM
Puchong tu kubu kuat dap tuh
Plus ofis dap situ org susah sentiasa je kuar masuk, seken choice baru depa pi rumah ko ambik beras ekekekekek
Quote maharani_gebu 3-11-2022 04:06 PM
Perwira2022 replied at 2-11-2022 11:50 PM
Ah sudahlah kau! Sekadar nak publisiti saja ni. Tujuannya supaya derma  banyak masuk kantung. Dah de ...

Yer... benar fakta ini....akak ni dok puchong...dah maklum sangat dah hal sebenar...
hakak pernah teman jiran hakak nak mintak beras sekampit... dok lar ding dong ding dong loceng umah

haram ade yang nak bukak padahal nampak aje kelibat manusia mundar mandir dlm umah tu...

akak syak si kentang ni takde umah time tu... just family member yang lain aje....

nampak beras bersusun and few barang dapur kat porch dia... tapi pagar lock...

kat fb dok pukul canang suh datang aje umah amik ape nak amik... tapi pagar ko lock pastu orang dalam buat batu tak amik port...

tolong taik namanyer tu.... akak dgn jiran balik tangan kosong dek... 3 jam lebih gak tunggu... tapi tetaplah si kentang tak kelihatan dan yang kat dalam tak timbul-timbul

sejak tu tobat lahum akak nak caya kisah beliau.....

ni plak page wan cai tu dah bongkar hal sakau duit derma si kentang ni... mmg lagi lar hakak tak caya....
Quote spiderman80 3-11-2022 04:44 PM
Mula-mula dulu masa Uncle ni baru nak famous kat media sosial, Spidey agak respect kat dia ni tapi pada masa yang sama, Spidey pernah berikan komen kat post FB dia. Spidey bertanya kalau dia terima sumbangan dari orang ramai, tak ada akauntan bertauliah yang buat audit ke akaun dia tu.......tak ada sesiapa yang replied.
Hari ini tengok, Uncle Kentang dan aktivis-aktivis NGO yang sewaktu dan sekonsep dengan Uncle punya cara mensonglap duit orang awam atas dasar aktiviti kemanusiaan terdedah........no one trust them anymore.
Individu-individu seperti merekalah yang membuatkan kita orang awam hilang kepercayaan kepada NGO2 tu semua. Sejenis dasar penunggang!!
Quote mizruncing 3-11-2022 05:07 PM
klu cina i said NO
Quote dagusengett 3-11-2022 09:05 PM
Haaaa
Pru lepas dah kalah nak bertanding lagiii
Buang masa je
Quote batmana 3-11-2022 09:12 PM
masalahnya tiada sapa nk buat report polis rasmi pada uncle kentang

kalu korg ada bukti, bole report cepat2, ramai tunggu pendedahan salahlaku bagai..

tkkn nk tunggu ada skandal cm ebit baru nk rport
Quote ezacbee 3-11-2022 10:53 PM
dagusengett replied at 3-11-2022 09:05 PM
Haaaa
Pru lepas dah kalah nak bertanding lagiii
Buang masa je

Duit derma banyak.. pedehal
Quote mr_cool5885 3-11-2022 11:41 PM
MCB scammer kutip duit olang

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040613 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top