View: 1267|Reply: 16
|
Uncle Kentang Tawar Diri Tanding Di Puchong Sebagai Calon Bebas
[Copy link]
|
|
Selepas tewas percubaan pertama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tiga tahun lalu, Uncle Kentang sekali lagi menawarkan diri sebagai calon bebas di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya, Kuan Chee Heng berkata, pengundi di kawasan tersebut harus mempunyai seorang wakil yang mampu membawa suara sebenar rakyat ke Parlimen.
“Saya menawarkan suara alternatif bagi rakyat Puchong. Saya dengan rendah diri menawarkan diri sebagai calon bebas di P103 Parlimen Puchong. Biar rakyat Puchong mendapat suara yang sebenarnya.
IG
“Orang Puchong mempunyai pilihan alternatif. Satu suara yang boleh betul-betul mewakili kamu semua, orang tempatan, mudah jumpa di mana-mana di Puchong, mesra dan senang mendapat bantuan. Nak ‘sign’ borang, pejabat dekat Puchong Utama sahaja.
Bukan calon dari luar, (saya) anak penoreh getah, faham masalah rakyat. Bersama rakyat sentiasa, mudah dihubungi dan nombor telefon dipaparkan setiap hari,” katanya.
Tambah Chee Heng, beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru selama 14 tahun dan lebih memahami keselamatan serta keperluan masyarakat.
Chee Heng yang juga merupakan aktivis kemasyarakatan turut menyenaraikan contoh-contoh bantuan yang pernah disalurkan olehnya kepada mereka yang memerlukan.
“Saya bukan ahli politik tetapi seorang rakyat yang biasa-biasa yang memahami bila Makcik Kiah tak ada duit bayar bas sekolah anak, bila Makcik Kiah tak ada duit bayar bil elektrik, bila makcik Kiah perlu ambulans, bila Makcik Kiah perlu katil hospital, bila makcik Kiah sedih melihat anak tak makan.
“Bila Auntie Lucy tak ada duit naik teksi ke hospital, bila Auntie Chan Moi yang miskin tak mampu ke hospital naik Grab, bila Murugan sakit diabetik dan potong kaki tak ada kaki palsu, saya ada,” ujarnya.
Dalam pada itu, Chee Heng memaklumkan, beliau memerlukan ramai petugas sukarelawan untuk hadir ketika proses penamaan calon di Dewan Puchong Indah pada Sabtu ini.
“Untuk kerja sukarelawan, saya perlu sukarelawan yang ramai untuk hadir bersama semasa pencalonan nama di Dewan Puchong Indah. Mari lah kita bawa sepanduk suara rakyat yang benar-benar mewakili rakyat,” katanya.
Parlimen Puchong merupakan kubu kuat DAP yang ditandingi Gobind Singh Deo sejak tiga penggal yang lalu pada 2008.
Pada PRU-14, Gobind menang dengan majoriti 47,635 undi menewaskan Ang Chin Tat (BN-MCA) yang mendapat 12,794 undi dan Mohamad Rosharizan (Pas) dengan 10,255 undi.
Bagaimanapun, DAP melakukan perubahan dengan meletakkan penyandang kerusi Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mewakili Pakatan Harapan pada PRU15 di Parlimen Puchong menggantikan Gobind yang akan bertukar ke Parlimen Damansara.
Manakala Barisan Nasional pula mempertaruhkan Presiden Parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader sebagai calon dan Chew Jyh Gang mewakili Perikatan Nasional.
Sumber: UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Ah sudahlah kau! Sekadar nak publisiti saja ni. Tujuannya supaya derma banyak masuk kantung. Dah dengar2 dia ni pun ada isu pengurusan sumbangan awam. Orang miskin nak pakai ambulans dia caj harga mahal. Patutnya bagj free la pasal dana tu dana para penyumbang. Ni buat macam bisnes dia pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Apa garis panduan nak jadi calon ni. Pelik2 je la |
|
|
|
|
|
|
|
Actually..bantu rakyat ala2 yang uncle kentang ckp ni not the main job of ahli parlimen..itu dah jadi no 2..tugas utama berdebat utk rakyat dlm parlimen..kalau senyap jer..baik x payah jadi ahli parlimen..dokla buat keja bantu org mcm skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Bertanding demi kelangsungan hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kantoi dah uncle kentang scam duit derma...???? |
|
|
|
|
|
|
|
Puchong tu kubu kuat dap tuh
Plus ofis dap situ org susah sentiasa je kuar masuk, seken choice baru depa pi rumah ko ambik beras ekekekekek
|
|
|
|
|
|
|
|
Mula-mula dulu masa Uncle ni baru nak famous kat media sosial, Spidey agak respect kat dia ni tapi pada masa yang sama, Spidey pernah berikan komen kat post FB dia. Spidey bertanya kalau dia terima sumbangan dari orang ramai, tak ada akauntan bertauliah yang buat audit ke akaun dia tu.......tak ada sesiapa yang replied.
Hari ini tengok, Uncle Kentang dan aktivis-aktivis NGO yang sewaktu dan sekonsep dengan Uncle punya cara mensonglap duit orang awam atas dasar aktiviti kemanusiaan terdedah........no one trust them anymore.
Individu-individu seperti merekalah yang membuatkan kita orang awam hilang kepercayaan kepada NGO2 tu semua. Sejenis dasar penunggang!! |
|
|
|
|
|
|
|
Haaaa
Pru lepas dah kalah nak bertanding lagiii
Buang masa je |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya tiada sapa nk buat report polis rasmi pada uncle kentang
kalu korg ada bukti, bole report cepat2, ramai tunggu pendedahan salahlaku bagai..
tkkn nk tunggu ada skandal cm ebit baru nk rport |
|
|
|
|
|
|
|
dagusengett replied at 3-11-2022 09:05 PM
Haaaa
Pru lepas dah kalah nak bertanding lagiii
Buang masa je
Duit derma banyak.. pedehal |
|
|
|
|
|
|
|
MCB scammer kutip duit olang |
|
|
|
|
|
|
| |
|