Penerbit dan Pengarah, Datuk Ayu Puteh terpanggil untuk mengulas isu mengenai rupa paras yang menjadi elemen penting untuk menjadi seorang pelakon. Terdahulu kenyataan Datuk A.Aida telah mencetuskan perdebatan di kalangan penggiat seni.
Difahamkan, A. Aida meletakkan rupa paras seseorang pelakon sebagai ‘resipi’ utama kejayaan sesebuah karya. Datuk Ayu Puteh atau lebih mesra dipanggi Ayu agak bersetuju dengan A.Aida, namun dia berpendapat pelakon yang yang mempunyai rupa paras cantik sebenarnya tidak menjamin kejayaan bagi sesebuah drama atau filem.
“Saya agak setuju juga dengan pendapat Datuk A. Aida, tapi yang tiada rupa pun sebenarnya banyak membantu menghidupkan drama dan filem kita. Tak semestinya hero atau heroin tu harus cantik dan kacak. Ada sahaja yang tak berapa cantik atau kacak jadi idola penonton, dan lakonannya lain macam." Pemilik syarikat produksi Pencil Pictures itu menambah, ada di kalangan pelakon yang memiliki kelebihan seperti dianugerahkan rupa paras yang cantik atau kacak tapi malas mencari ilmu.
|
Perawankota replied at 2-11-2022 05:30 PM
Wanna ni ada repair2 muka x
ADVERTISEMENT