Nasi lemak menjadi kegemaran ramai dan jika dialas atau dibungkus dengan daun pisang, makin terangkat selera dengan aromanya.
Para peniaga menjual nasi lemak daun pisang dengan kreativiti mereka tersendiri. Menerusi satu muat naik di TikTok, seorang pemuda berkongsi pengalamannya membeli nasi lemak bungkus daun pisang. Sebaik dibuka secara perlahan, hidangan tersebut dilengkapi dengan nasi, telur, sambal dan timun seperti kebiasaan. Namun apa yang mengejutkan adalah daun pisang yang digunakan peniaga begitu halus berbanding bersaiz penuh atau separuh daripada bungkusan.
Jalur halus daun pisang yang digunakan itu tidak ubah seperti saiz seutas reben! Menerusi ruangan komen, dia bagaimanapun tidak menyalahkan sesiapa kerana memahami situasi semasa yang menyaksikan kenaikan harga barang. Sementara itu, video yang dikongsi Iezam mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu. Malah, ada yang berpandangan bahawa daun pisang bersaiz kecil itu sekadar 'cukup syarat' dalam hidangan nasi lemak. Sumber: mStar |
LadyCarefree replied at 6-11-2022 04:53 PM
Xsuka betul sambal nasi lemak warna gitu dan cair.
LadyCarefree replied at 6-11-2022 04:53 PM
Xsuka betul sambal nasi lemak warna gitu dan cair.
ibugarang replied at 15-11-2022 12:23 PM
Iye mcam color oren smbal dia, smbal sedap yg color merah menyala susah nk cari org buat smbal ...
ADVERTISEMENT