CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Betulkan Sistem Lembab Kerajaan, Lando Zawawi Jadi Calon GTA Di Tanjong Karang

2-11-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3824| Komen: 47

Pengasas Ikatan Silaturahim Bro­therhood (Brotherhood), Azlan Sani Za­­wawi atau lebih dikenali sebagai Lando mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Lando akan bertanding di kerusi ‘panas’ di Selangor iaitu di Tanjong Karang mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA).

Katanya, watikah pelantikan sebagai calon GTA akan diberikan petang ini dalam satu majlis bersama Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Bangi Convention Centre.


Foto: Kosmo

“Ya betul, saya akan bertanding pada PRU15 dan kawasan saya agak ‘panas’ iaitu di Tanjong Karang,” katanya.


Mengulas lanjut, Lando berkata, tujuan utama beliau memasuki gelanggang politik adalah untuk ‘membetulkan’ sistem yang ada ketika ini yang dikatakan lambat bertindak.

“Contohnya seperti aduan jalan berlubang, walaupun kita telah membuat laporan tetapi tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab amat perlahan dan memakan masa.

“Sebab itu saya sebagai mewakili Brotherhood mahu sistem ini ‘dikembalikan’ semula supaya setiap masalah atau aduan dapat disegerakan.

“Bukan sahaja berkaitan jalan raya tetapi melibatkan semua aduan supaya ia dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselesaan rakyat,” ujarnya.

Pada masa sama kata Lando, apabila dia berada dalam sistem kerajaan, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan karenah birokrasi yang wujud dalam sistem pentadbiran ketika ini.

Terdahulu dalam PRU14, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang dengan majoriti 1,970.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada gabungan pakatan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Pas iaitu Nor Az Azlan Ahmad. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 2-11-2022 11:36 AM
lawan Jamal Jamban laa...
Quote heythere123 2-11-2022 11:36 AM
dia ni memang buat kerja
Quote Whitney72 2-11-2022 11:56 AM
Ya...dia ni mmg jnis buat kerja n x byk kerenah...masa banjir dulu pun..geng2 dia antara yg terawal beri bantuan tanpa byk biokrasi...terbaik..semoga dia menang kot.. Inshaa Allah
Quote sleepandream 2-11-2022 12:22 PM
ahli parlimen gelak2 je kalau masalah jalan berlubang pun nak kene cari depa
Quote mawarkhayalan99 2-11-2022 12:25 PM
calon yg jenis buat kerja kita sokong
Quote mamajawie 2-11-2022 12:29 PM
pandai atok amik dia ni jadi calon GTA..iollss rasa dia ni boleh menang sebab dia memang jenis buat kerja..cuma x sangka la dia join politik pulak but who cares..
Quote Suchi 2-11-2022 12:43 PM
Edited by Suchi at 2-11-2022 12:45 PM

Haa tak sangka ni salah sorang dlm list influencer yg iols sebut ari tu.
Harap kalau berjaya jd waibi jgn luperr diri yeee
Kang tiber awok pun sama je mcm waibi2 yg lain tu.
Kalau bukak page dia mesti sakit perut baca komen2
Rasa bersalah pun ye sbb caption dia mesti ada wutoh2 tu huhu
Pastu gambo2 edit yg lucu gilerr
Quote hashashes 2-11-2022 12:48 PM
Jangan dah jadi YB nanti pastu berasimilasi dengan dinosaur kaki sakau birokrasi rasuah under table yang lain, kau pun terikut2 gak. Harap Iman kau kuat ya cip
Quote CardiGans85 2-11-2022 12:56 PM
Oh calon parlimen aku
Quote Lavender_Violet 2-11-2022 01:23 PM
mamajawie replied at 2-11-2022 12:29 PM
pandai atok amik dia ni jadi calon GTA..iollss rasa dia ni boleh menang sebab dia memang jenis buat  ...

GTA under parti mana? PEJUANG lah tu ek? Parti Atok
Quote Begbiru 2-11-2022 02:12 PM
harap org tanjung karang undi org yg boleh buat kerja
Quote mamajawie 2-11-2022 02:28 PM
Lavender_Violet replied at 2-11-2022 01:23 PM
GTA under parti mana? PEJUANG lah tu ek? Parti Atok

haah, parti pejuWANG tu ler parti atok


Quote ashilalat 2-11-2022 02:37 PM
Tak payah sembang la nak ubah kerajaan. Kau yg diubah dek kerajaan, wang dan kuasa nanti. Percaya la cakap aku. Once join politik, tertepek la tahi nanti.
Quote mizruncing 2-11-2022 02:43 PM
undilaa dia ni. banyak dah dia baiki jalan semua tu. korang pon ada otak boleh nilai sendiri
Quote airmineral 2-11-2022 03:00 PM
harap kalau da dpt jwtn, jgn lupa diri plk
Quote Belibis 2-11-2022 05:05 PM
ashilalat: Tak payah sembang la nak ubah  ...

Alang lobai pun tersungkur..dia belum kenal erti penjawat awam aka acik gomen..
Quote myvi132806 2-11-2022 05:26 PM
aku takut jadi cmni je ..

sebelum dapat jawatan, semua lubang jalan dy tutup, dy turun padang, dy lah hero bajang liar..
selepas dapat jawatan, bajang ke mana, braderhud ke mana, lubang jalan ke mana ..
harap x jadi mcm tu lah cip ..
i salute u chip ..

patut laa ada pepatah , SEBELUM dan SELEPAS
Quote figurae 3-11-2022 09:15 AM
menarik... terus rasa semangat nak turun mengundi
Quote noorhairiahma 3-11-2022 09:29 AM
semoga menjadi YB yang disayangi rakyat kerana rajin bekerja untuk rakyat

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.047415 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top