View: 3413|Reply: 47
|
Nak Betulkan Sistem Lembab Kerajaan, Lando Zawawi Jadi Calon GTA Di Tanjong Karang
[Copy link]
|
|
Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood), Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Lando akan bertanding di kerusi ‘panas’ di Selangor iaitu di Tanjong Karang mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA).
Katanya, watikah pelantikan sebagai calon GTA akan diberikan petang ini dalam satu majlis bersama Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Bangi Convention Centre.
Foto: Kosmo
“Ya betul, saya akan bertanding pada PRU15 dan kawasan saya agak ‘panas’ iaitu di Tanjong Karang,” katanya.
Mengulas lanjut, Lando berkata, tujuan utama beliau memasuki gelanggang politik adalah untuk ‘membetulkan’ sistem yang ada ketika ini yang dikatakan lambat bertindak.
“Contohnya seperti aduan jalan berlubang, walaupun kita telah membuat laporan tetapi tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab amat perlahan dan memakan masa.
“Sebab itu saya sebagai mewakili Brotherhood mahu sistem ini ‘dikembalikan’ semula supaya setiap masalah atau aduan dapat disegerakan.
“Bukan sahaja berkaitan jalan raya tetapi melibatkan semua aduan supaya ia dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselesaan rakyat,” ujarnya.
Pada masa sama kata Lando, apabila dia berada dalam sistem kerajaan, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan karenah birokrasi yang wujud dalam sistem pentadbiran ketika ini.
Terdahulu dalam PRU14, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang dengan majoriti 1,970.
Beliau yang juga penyandang kerusi itu menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada gabungan pakatan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Pas iaitu Nor Az Azlan Ahmad. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
lawan Jamal Jamban laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya...dia ni mmg jnis buat kerja n x byk kerenah...masa banjir dulu pun..geng2 dia antara yg terawal beri bantuan tanpa byk biokrasi...terbaik..semoga dia menang kot.. Inshaa Allah |
|
|
|
|
|
|
|
ahli parlimen gelak2 je kalau masalah jalan berlubang pun nak kene cari depa |
|
|
|
|
|
|
|
calon yg jenis buat kerja kita sokong |
|
|
|
|
|
|
|
pandai atok amik dia ni jadi calon GTA..iollss rasa dia ni boleh menang sebab dia memang jenis buat kerja..cuma x sangka la dia join politik pulak but who cares.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 2-11-2022 12:45 PM
Haa tak sangka ni salah sorang dlm list influencer yg iols sebut ari tu.
Harap kalau berjaya jd waibi jgn luperr diri yeee
Kang tiber awok pun sama je mcm waibi2 yg lain tu.
Kalau bukak page dia mesti sakit perut baca komen2
Rasa bersalah pun ye sbb caption dia mesti ada wutoh2 tu huhu
Pastu gambo2 edit yg lucu gilerr |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan dah jadi YB nanti pastu berasimilasi dengan dinosaur kaki sakau birokrasi rasuah under table yang lain, kau pun terikut2 gak. Harap Iman kau kuat ya cip |
|
|
|
|
|
|
|
GTA under parti mana? PEJUANG lah tu ek? Parti Atok
|
|
|
|
|
|
|
|
harap org tanjung karang undi org yg boleh buat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
haah, parti pejuWANG tu ler parti atok
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah sembang la nak ubah kerajaan. Kau yg diubah dek kerajaan, wang dan kuasa nanti. Percaya la cakap aku. Once join politik, tertepek la tahi nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
undilaa dia ni. banyak dah dia baiki jalan semua tu. korang pon ada otak boleh nilai sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
harap kalau da dpt jwtn, jgn lupa diri plk
|
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat: Tak payah sembang la nak ubah ...
Alang lobai pun tersungkur..dia belum kenal erti penjawat awam aka acik gomen.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku takut jadi cmni je ..
sebelum dapat jawatan, semua lubang jalan dy tutup, dy turun padang, dy lah hero bajang liar..
selepas dapat jawatan, bajang ke mana, braderhud ke mana, lubang jalan ke mana ..
harap x jadi mcm tu lah cip ..
i salute u chip ..
patut laa ada pepatah , SEBELUM dan SELEPAS |
|
|
|
|
|
|
|
menarik... terus rasa semangat nak turun mengundi |
|
|
|
|
|
|
|
semoga menjadi YB yang disayangi rakyat kerana rajin bekerja untuk rakyat |
|
|
|
|
|
|
| |
|