CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Semalam Umum, Hari Ini Ustaz Kazim Tarik Diri Dari Bertanding Di Larut

2-11-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1215| Komen: 5

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.



FB

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mohd. Kazim digantikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud.

“Mohd. Shafiq menggantikan Mohd. Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” katanya pada majlis pengumuman calon BN hari ini.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut. 


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 2-11-2022 02:18 PM
Pasaipa pula
Quote KamikuP 2-11-2022 03:36 PM
Kene tekan dek org atas ke suruh tarik diri.
Sesungguhnya potik msia ni kotor yaachh.. semua main duit puihhhhhhhhhhhh
Quote True-X 2-11-2022 03:37 PM
bagusla tarik diri...ramai x pekenan ustaz ni kan ade kes tahfiz dia....
Quote Perawankota 2-11-2022 03:42 PM
X payah lah bertanding...
Quote nolya 2-11-2022 07:58 PM
Baguslah bila UK tarik diri. Berat tanggungjawabnya dgn segala cobaan dn ujian yg akan UK lalui dlm kempen nanti.  Belum apa2 pun Ustaz sudah dicaci-cela.  Kasihanlah kat diri dijadikan tumpuan orang mengata-mengeji sedangkan menang pun lum tentu lagi. Tak ada beban tak payahlah batu nak digalas.  Jagi penceramah shj lah Ustaz.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.031935 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top