View: 773|Reply: 5
|
Baru Semalam Umum, Hari Ini Ustaz Kazim Tarik Diri Dari Bertanding Di Larut
[Copy link]
|
|
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.
FB
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mohd. Kazim digantikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud.
“Mohd. Shafiq menggantikan Mohd. Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” katanya pada majlis pengumuman calon BN hari ini.
Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.
Sumber: UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Kene tekan dek org atas ke suruh tarik diri.
Sesungguhnya potik msia ni kotor yaachh.. semua main duit puihhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla tarik diri...ramai x pekenan ustaz ni kan ade kes tahfiz dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
X payah lah bertanding... |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah bila UK tarik diri. Berat tanggungjawabnya dgn segala cobaan dn ujian yg akan UK lalui dlm kempen nanti. Belum apa2 pun Ustaz sudah dicaci-cela. Kasihanlah kat diri dijadikan tumpuan orang mengata-mengeji sedangkan menang pun lum tentu lagi. Tak ada beban tak payahlah batu nak digalas. Jagi penceramah shj lah Ustaz. |
|
|
|
|
|
|
| |
|