CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Menang Loteri RM143 Juta, Tak Bagitau Isteri Sebab Takut Jadi Sombong Dan Pemalas

2-11-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1692| Komen: 17

Seorang lelaki di selatan China yang menang loteri berjumlah kira-kira 220 juta yuan (RM143 juta) tidak memberitahu isteri dan anaknya kerana bimbang wang itu akan menjadikan mereka sombong dan malas.


Lelaki itu yang menggunakan nama samaran Li, membeli 40 tiket loteri dengan harga 80 yuan (RM52) di wilayah Guangxi Zhuang, dan setiap tiket mempunyai tujuh nombor sama.

Menurut laporan Nanning Evening News, kesemua tujuh nombor itu 'mengena' dengan setiap tiket dibayar 5.48 juta yuan (RM32.5 juta).


Foto: SCMP

Lelaki itu pergi ke pusat loteri di ibu kota Nanning untuk menuntut wangnya pada 24 Oktober lalu.


Li turut menderma 5 juta yuan (RM32.5 juta) kepada badan amal.

Semasa majlis penyampaian cek, Li memakai kostum kartun, cara kreatif untuk melindungi identiti pemenang yang kini popular di China.

Walaupun sangat teruja memenangi wang itu, dia cuba menahan perasaannya dan tidak memberitahu sesiapa, termasuk keluarga.

"Saya tak beritahu isteri atau anak. Saya bimbang mereka mungkin rasa lebih hebat daripada orang lain dan tak akan bekerja atau belajar bersungguh-sungguh pada masa hadapan,” katanya.

Li membawa pulang kira-kira 171 juta yuan (RM111 juta) selepas menderma kepada badan amal dan dikenakan cukai 43 juta yuan (RM27.9 juta).

Li berkata dia adalah peminat setia loteri dan membeli tiket secara tetap selama lebih sedekad.

Katanya, dia memilih tujuh nombor yang sama sejak beberapa tahun lalu kerana ia 'kelihatan menggembirakan'.

Kali ini, kesetiaan terhadap nombor tersebut membuahkan hasil yang besar.

"Dulu saya hanya menang beberapa yuan sahaja.

"Saya anggap membeli loteri sebagai hobi dan keluarga tak kisah. Saya pun tak membelanjakan banyak wang untuk itu tetapi loteri membuatkan saya berharap," katanya.

Li berkata dia tidak tidur apabila mendapat tahu menang jackpot pada 21 Oktober lalu.

Dia menaiki kereta api ke Nanning pada awal pagi keesokan harinya dan menginap di sebuah hotel pada hujung minggu sebelum mengambil hadiah wang di Pusat Pengedaran Loteri Kebajikan Guangxi pada 24 Oktober.

"Saya tidur di hotel selama dua hari. Saya tak keluar hujung minggu itu kerana tak mahu tiket itu hilang.

"Saya belum buat keputusan nak buat apa dengan wang itu dan saya memerlukan sedikit masa untuk merancang perbelanjaan," katanya.

Amalan bermain loteri, nombor ekor dan berjudi adalah ditegah dalam kalangan umat Islam. -CARI

Sumber: mStar/SCMP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-11-2022 11:27 AM
xpercayalah kalau betul cuba masukkan 10 juta rupiah dalam akaun friska
Quote Nham22 2-11-2022 11:35 AM
Hahaha.. Tak nak tunjuk muka sbb takut anak isteri berubah atau takut orang sekeliling carik.. Hahaha...
Quote tri-max 2-11-2022 11:38 AM
takut bini jadik tai tai le tu
tp bagus dia nih, ingat nak derma sana sinun lepas kaya
org susah sentiasa ingat dari mana asal, org gile je lupa masa susah, esp founder timbang kilo tayang lembugini pam myk ron95
Quote margo20 2-11-2022 11:59 AM
Habis kau beli nombor ekor tak kira malas ke nk cepat kaya
Quote bakingsoda 2-11-2022 12:07 PM
penjual costume tu mesti boleh syak kan
Quote greantea 2-11-2022 12:31 PM
agak2 apek ni jd pemalas x lepas byk duit?
Quote AbukRokok 2-11-2022 12:34 PM
duit byk2 tetap hidup ketakutan dengan covid digital passport
Quote ainonymous 2-11-2022 12:35 PM
dia pergi collect hadiah 2 malam tu bini dgn anak tak syak ke tak balik rumah. mesti anak bini dah boleh agak lepas baca berita ni hahhahaa bestnya dapat duit terpijak. tapi judi itu harommm
Quote Artemesiaa 2-11-2022 01:44 PM
Dah ada duit banyak pun tak ada makna kat sana semedang ada lockdown je
Quote Kitty_catz 2-11-2022 01:56 PM
ni baru legit cerita orang kaya duit kepok2

kut chuols banyak duit lg taknak org tahu, sbb kang ramai yg tiberrr jadi sedara jauh

yg pelik, hanya set2 ponder2 timbang kilo, sifooo2 ailibashi , agent2 je yg gigih nak menayang reta benda mcm kaya bebeno...sales biliyun2 sebulan...

itu smua autaaaaaaaaaaaaaaaaa ,,,ptui!
Quote R2D2 2-11-2022 02:09 PM
Sami yg jual nombor ekor sana sini tak kaya-kaya jugak
penunggang agama sebenar
Quote R2D2 2-11-2022 02:11 PM
mana2 negara pun
biasa pemenang loteri yg juta-juta memang nk gi ambik Mock Cheque pun takut org keliling, jiran2, sahabat2 tahu
ada yg sebulan baru g ambik
Quote venom1 2-11-2022 02:13 PM
Kalau kat Malaysia bersusun orang beratur depan rumah mintak derma
Quote helicornia 2-11-2022 02:47 PM
venom1 replied at 2-11-2022 02:13 PM
Kalau kat Malaysia bersusun orang beratur depan rumah mintak derma

kat india ari tu sampai menyesal menang loteri sbb sedara mara, org tak kenal dtg mintak duit. dia kata dpt no 2 pun ok
Quote R2D2 2-11-2022 03:40 PM
aku pernah buka thread
yg menang loteri menyesal menang
pasal ramai mengaku sedara jauh
ramai dtg minta derma
hari2 pulak tu
Quote Perawankota 2-11-2022 03:52 PM
Kalau melayu menang loteri, dorg boleh ke amik macam tu jer duit tu? Or kena wakilkan org lain which is non-Muslim utk amik?

Pastu klu menang juta2 ni, klu kt Malaysia, LHDN x carik ke suh bayar tax?

Nak tau jugak..
Quote rosedemon 3-11-2022 10:06 AM
sian vinik dia tak tau. kihkih kalau kantoi satu ari nanti mmg dibunuhnya ko

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043222 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top