View: 1360|Reply: 17
|
Lelaki Menang Loteri RM143 Juta, Tak Bagitau Isteri Sebab Takut Jadi Sombong Dan Pemalas
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di selatan China yang menang loteri berjumlah kira-kira 220 juta yuan (RM143 juta) tidak memberitahu isteri dan anaknya kerana bimbang wang itu akan menjadikan mereka sombong dan malas.
Lelaki itu yang menggunakan nama samaran Li, membeli 40 tiket loteri dengan harga 80 yuan (RM52) di wilayah Guangxi Zhuang, dan setiap tiket mempunyai tujuh nombor sama.
Menurut laporan Nanning Evening News, kesemua tujuh nombor itu 'mengena' dengan setiap tiket dibayar 5.48 juta yuan (RM32.5 juta).
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/02/102938d12r3wscrpx2c2cl.png) Foto: SCMP
Lelaki itu pergi ke pusat loteri di ibu kota Nanning untuk menuntut wangnya pada 24 Oktober lalu.
Li turut menderma 5 juta yuan (RM32.5 juta) kepada badan amal.
Semasa majlis penyampaian cek, Li memakai kostum kartun, cara kreatif untuk melindungi identiti pemenang yang kini popular di China.
Walaupun sangat teruja memenangi wang itu, dia cuba menahan perasaannya dan tidak memberitahu sesiapa, termasuk keluarga.
"Saya tak beritahu isteri atau anak. Saya bimbang mereka mungkin rasa lebih hebat daripada orang lain dan tak akan bekerja atau belajar bersungguh-sungguh pada masa hadapan,” katanya.
Li membawa pulang kira-kira 171 juta yuan (RM111 juta) selepas menderma kepada badan amal dan dikenakan cukai 43 juta yuan (RM27.9 juta).
Li berkata dia adalah peminat setia loteri dan membeli tiket secara tetap selama lebih sedekad.
Katanya, dia memilih tujuh nombor yang sama sejak beberapa tahun lalu kerana ia 'kelihatan menggembirakan'.
Kali ini, kesetiaan terhadap nombor tersebut membuahkan hasil yang besar.
"Dulu saya hanya menang beberapa yuan sahaja.
"Saya anggap membeli loteri sebagai hobi dan keluarga tak kisah. Saya pun tak membelanjakan banyak wang untuk itu tetapi loteri membuatkan saya berharap," katanya.
Li berkata dia tidak tidur apabila mendapat tahu menang jackpot pada 21 Oktober lalu.
Dia menaiki kereta api ke Nanning pada awal pagi keesokan harinya dan menginap di sebuah hotel pada hujung minggu sebelum mengambil hadiah wang di Pusat Pengedaran Loteri Kebajikan Guangxi pada 24 Oktober.
"Saya tidur di hotel selama dua hari. Saya tak keluar hujung minggu itu kerana tak mahu tiket itu hilang.
"Saya belum buat keputusan nak buat apa dengan wang itu dan saya memerlukan sedikit masa untuk merancang perbelanjaan," katanya.
Amalan bermain loteri, nombor ekor dan berjudi adalah ditegah dalam kalangan umat Islam. -CARI
Sumber: mStar/SCMP |
|
|
|
|
|
|
|
xpercayalah kalau betul cuba masukkan 10 juta rupiah dalam akaun friska |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.. Tak nak tunjuk muka sbb takut anak isteri berubah atau takut orang sekeliling carik.. Hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
takut bini jadik tai tai le tu
tp bagus dia nih, ingat nak derma sana sinun lepas kaya
org susah sentiasa ingat dari mana asal, org gile je lupa masa susah, esp founder timbang kilo tayang lembugini pam myk ron95
|
|
|
|
|
|
|
|
Habis kau beli nombor ekor tak kira malas ke nk cepat kaya |
|
|
|
|
|
|
|
penjual costume tu mesti boleh syak kan |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 apek ni jd pemalas x lepas byk duit? |
|
|
|
|
|
|
|
duit byk2 tetap hidup ketakutan dengan covid digital passport |
|
|
|
|
|
|
|
dia pergi collect hadiah 2 malam tu bini dgn anak tak syak ke tak balik rumah. mesti anak bini dah boleh agak lepas baca berita ni hahhahaa bestnya dapat duit terpijak. tapi judi itu harommm |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada duit banyak pun tak ada makna kat sana semedang ada lockdown je |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru legit cerita orang kaya duit kepok2
kut chuols banyak duit lg taknak org tahu, sbb kang ramai yg tiberrr jadi sedara jauh
yg pelik, hanya set2 ponder2 timbang kilo, sifooo2 ailibashi , agent2 je yg gigih nak menayang reta benda mcm kaya bebeno...sales biliyun2 sebulan...
itu smua autaaaaaaaaaaaaaaaaa ,,,ptui! |
|
|
|
|
|
|
|
Sami yg jual nombor ekor sana sini tak kaya-kaya jugak
penunggang agama sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 negara pun
biasa pemenang loteri yg juta-juta memang nk gi ambik Mock Cheque pun takut org keliling, jiran2, sahabat2 tahu
ada yg sebulan baru g ambik |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Malaysia bersusun orang beratur depan rumah mintak derma |
|
|
|
|
|
|
|
kat india ari tu sampai menyesal menang loteri sbb sedara mara, org tak kenal dtg mintak duit. dia kata dpt no 2 pun ok ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah buka thread
yg menang loteri menyesal menang
pasal ramai mengaku sedara jauh
ramai dtg minta derma
hari2 pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau melayu menang loteri, dorg boleh ke amik macam tu jer duit tu? Or kena wakilkan org lain which is non-Muslim utk amik?
Pastu klu menang juta2 ni, klu kt Malaysia, LHDN x carik ke suh bayar tax?
Nak tau jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
sian vinik dia tak tau. kihkih kalau kantoi satu ari nanti mmg dibunuhnya ko |
|
|
|
|
|
|
| |
|