CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Myvi Accident’ Pun Boleh Jadi Tarikan Di Pameran?

2-11-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1486| Komen: 11


Pelik sungguh cita rasa rakyat Malaysia dalam menginovasi sesebuah idea untuk menjadikannya satu tarikan lain dari lain.


Apabila kita pergi ke pameran kereta, mesti kereta  yang dipamerkan itu cantik, gah, diubah suai dari segi badan, tayar dan enjin. 



Namun, lain pula cerita kereta paling digeruni di Malaysia yang mendapat julukan King of the road kerana ada sahaja aksi dipamerkan, tak lain tak bukan model keluaran Perodua iaitu Myvi.


Sebuah hantaran di Facebook Malaysian Modders memaparkan keadaan sebuah myvi selepas ‘kemalangan’ dibawa ke satu tempat pameran kereta di Sabah. 



Rata-rata netizen menyuarakan rasa aneh apabila kenderaan itu dibawa ke tempat pameran sedangkan bonet hadapannya kelihatan dalam keadaan yang teruk.

Apabila dilihat semula, bahagian hadapan dicabut untuk menaikkan kereta itu di atas trak penunda untuk memudahkan kerja menaikkannya kerana keadaan kereta berkenaan agak kebawah disebabkan tayarnya yang 'dikepak'.



Menurut sumber Facebook, bukan disebabkan kemalangan atau sebagainya tetapi pemiliknya sendiri mengubah suai Myvi tersebut dengan keadaan seperti itu untuk aktivitinya di atas jalan raya. 

Ada yang kata, ia satu seni yang rare, tidak pernah lagi orang buat untuk dipamerkan.


Sumber: Murai






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 2-11-2022 11:25 AM
tayar jenis kepak ni kira, kalau time dia nak haus, terbalikkan side je la kiranya.
Quote Simunggu 2-11-2022 11:35 AM
heran aku tayar mcm ni pun ada.....
Quote margo20 2-11-2022 11:54 AM
Sebab kau org ni ler
Quote Artemesiaa 2-11-2022 01:20 PM
Buruknya siapa ada kereta macam ni elok masuk kartun je
Quote Perawankota 2-11-2022 03:57 PM
Ntahapahapa keta accident pon suka tunjuk.. Aku dulu2, kalau lalu depan balai polis trafik yg letak kereta2 accident ni, mesti akan feel tak best..
Quote shernazz 2-11-2022 04:15 PM
Perawankota replied at 2-11-2022 03:57 PM
Ntahapahapa keta accident pon suka tunjuk.. Aku dulu2, kalau lalu depan balai polis trafik yg letak  ...

Dolu kalau kat skola..polis2 akan buat pameran..
Iols.paling suka ke bahagian polis trafik sebab gambo dia mmg rare dan gore sangat...
Polis tu pung pelik.nape iols.suka dok tilik gambo2 tu
Tp mmg kita takkan jumpa kat tmpt lain gambo2 tu...
Eksiden yang teruk2 la biasanya
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 04:17 PM
perodua myvi terbang  









kalau viva terbang lagi dahsyat, langgar kapalterbang terus







Perodua myvi is the king





















Quote alieyrina 2-11-2022 04:17 PM
Tak kepak pun boleh terbang inikan pulak kepak mcm tu
Quote Perawankota 2-11-2022 04:18 PM
shernazz replied at 2-11-2022 04:15 PM
Dolu kalau kat skola..polis2 akan buat pameran..
Iols.paling suka ke bahagian polis trafik sebab g ...

Ish3 sanggup eh.. Me dulu, tengok gambar accident yg badan kaki kepala bercerai kena gilis Lori kot. Tapi muka org tu still tersenyum. Lepas tu dekat seminggu tak lalu makan.. Tak tau kenapa dok terbayang..
Quote shernazz 2-11-2022 04:23 PM
Perawankota replied at 2-11-2022 04:18 PM
Ish3 sanggup eh.. Me dulu, tengok gambar accident yg badan kaki kepala bercerai kena gilis Lori ko ...

Entah la uols..iols ni jenis suka nak tau gambar2 tu apa..
Mmg iols.suka sangat tengok..polis siap tanya iols kenapa suka tengok..iols.ckp sebab iols jarang dpt tengok gambar2 gini

Bila teringat balik..eh eh mcm.psiko sungguh iols neh...gambo ngeri2 sanggup tengok lama lama..

Gambo kena bunuh pung iols slqlu te gok...polis2 je yang qda gambo gini tau..kalau ada pameran..mesti ada
Quote Sazreena 2-11-2022 10:00 PM
Apekebingainyer niiiii..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038271 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top