CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Confirm Gaji Berpuluh Ribu Ni,"-Ramai Kagum Lihat Maya Sidek Kerja Di Puncak KLCC

1-11-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8176| Komen: 94

Seorang wanita yang digelar ‘Iron Lady’ berada di puncak Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) membuatkan orang ramai kagum dan teruja.

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @siva_wwc6 menyaksikan seorang wanita berhijab sama sekali tidak gentar bekerja di bahagian paling tinggi mercu tanda Kuala Lumpur yang berketinggian 88 tingkat dengan memakai alat keselamatan lengkap.

‘Iron Lady’ atau lebih dikenali dengan nama panggilan Maya Sidek dipercayai bertugas sebagai ‘Rope Access Technician’ (juruteknik akses tali) dan juga ‘Non-Destructive Testing (NDT) technician’.

Foto: tiktok

Susulan itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan menyifatkan Maya sebagai individu berjiwa besar dan berani melakukan pekerjaan mencabar itu apatah lagi seorang wanita.


“Kalau aku hilang dah rasa lutut. Memang tidak dapat berdiri tegak. Handal mereka semua. Semoga semua urusan dipermudahkan,” komen seorang pengguna media sosial.

“Hai Puan, saya sangat hormat kepada awak! Awak telah memecahkan stereotaip dan stigma masyarakat kepada wanita. Teruskan berjaya,” komen seorang netizen.

“Alhamdullilah, kuasa milik Allah dgn izinNya. Terbaik dan awak semstinya bukan calang-calang orang. Sangat berani dan berinspirasi. Jujur, saya sendiri tidak akan mampu berbuat demikian walaupun saya seorang lelaki,” komen netizen yang lainnya.



Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang tertanya-tanya mengenai jumlah gaji wanita kepada dua orang anak ini yang pastinya sangat tinggi dan mewah.

“Ini kalau gaji tidak mahal lagi tidak tahulah, mesti gaji tinggi berbaloi dengan harga keberanian beliau yang tinggi,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

“Kalau setakat gaji RM5,000 ke RM8,000 ribu memang tidak lah, mesti berpuluh-puluh ribu sesuai dengan kerja yang dilakukan. Bukan semua orang boleh buat kerja ini, kalau saya belum naik sudah terkencing,” ujar seorang lagi pengguna.

Setakat ini, video tersebut telah tular dan meraih hampir 2 juta tontonan, 173,800 tanda suka dengan 9,108 perkongsian.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 1-11-2022 06:11 PM
Bestnye..
Xde pulak taik or sarang burung kat atas tu..
Quote Suchi 1-11-2022 06:27 PM
Memang dah passion dia neh, tgk ig dia baru je beranak kecik.

Kita tgk rasa gerun tp utk org cam dorang ni biasa2 je.
Dorang akan kebosanan dan rindu kalau lama tak memanjat tinggi2.
Quote margo20 1-11-2022 06:45 PM
Fuh klu aku kt atas tu da bole heart attack rasenye
Quote noor2 1-11-2022 06:46 PM
Wow....kagum....muka pun mcm muka lelaki Maya ni
Quote mejaputih 1-11-2022 06:48 PM
iols nak turun free fall kat 21 district pun ketar lutut takmo turun...salute this lady!
Quote VespaSilbe 1-11-2022 06:51 PM
Wow.. hebatnya
Quote namr 1-11-2022 07:43 PM
uishh tak gayat ke?aku duk rmh tingkat15 bila tgk kebawah berderau darah
Quote nadie90 1-11-2022 07:49 PM
Terbaik sis Maya ....seriau woo
Quote imanjannah 1-11-2022 07:51 PM
tengok video ni pun dah bikin gerunn.. salute u dik
Quote pu3_rania 1-11-2022 08:05 PM
Tabik spring kepada Maya Sidek
Seorang wanita yang berhati waja dan ibarat 'Berurat Dawai,  Bertulang Besi'
Quote mojarean_X 1-11-2022 08:11 PM
Hebatnya maya. Tabik iols pd maya
Quote bakingsoda 1-11-2022 08:13 PM
aku naik tingkat dua kalau takde railing pon rasa nak tergolek dah, ni bukan takat tinggi tu dia duk tukar2 tali ke amende tah buat nya salah bukak aku kunci pintu rumah pon asyik was2 sampai ulang alik cek banyak kali betul ke dah kunci, lembab lah nak siap keje camni  
Quote Belibis 1-11-2022 08:15 PM
Kalau aku..tido malam mesti mimpi jatuh..kemudian terus terjaga sampai berpeluh..
Quote olaklempit 1-11-2022 08:18 PM
Aku tengok video je pun kaki dah rasa ringan sejuk seram bagai....hebat mereka ni. Walau safety  lengkap gayat tu haishhh....
Quote naina 1-11-2022 08:36 PM
Hebat sis maya..sekejapan saja dah femes
Mesti bangga mak ayah dia
Kalau anak aku cmni aku dah bercucuran air mata sebakkk
Quote dudaberhias 1-11-2022 08:39 PM
kurlast sheols yach... memang iron lady betul...
bukan calang2 yach yang boleh panjat tu... sekadar pakai tali keselamatan je tak cukup...
kena ada skill dan macam2 lagi...
Quote Page88 1-11-2022 08:43 PM
I hate heights. She's brave.
Quote midori888 1-11-2022 08:50 PM
Wahhh hebat betul...
Quote ilahaz 1-11-2022 09:38 PM
kagum tgk keberanian dgn skill maya.. hebat2

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.075366 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top